suria

Tak tahan nak berak, wanita ambil risiko tinggal anak kecil dalam surau... Tawakal tulis nota pada buku surah Yasin

Setiap ibu bapa perlu memastikan keselamatan anak-anak terjamin. -Gambar hiasan AI

DETIK cemas selama beberapa minit menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan seorang wanita apabila terpaksa meninggalkan bayinya sendirian di sebuah surau atas sebab 'kecemasan'.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu berkata kejadian sekitar pukul 11 pagi itu berlaku ketika dia serta bayinya mengikut ibu bapanya keluar menyelesaikan urusan penting di sebuah bangunan pejabat.

Menurutnya, dia mengambil peluang untuk beriktikaf di surau bangunan pejabat itu sementara menunggu ibu dan bapanya menghadiri mesyuarat.

"Tiba-tiba rasa nak tercirit pula dan saya tak tahan. Stroller anak pula ada dalam kereta.

Elakkan daripada meninggalkan anak kecil bersedirian ketika berada di tempat awam. -Gambar hiasan AI

"Nak hantar baby dekat mak memang tidaklah. Jauh berjalan. Ia adalah lapan minit yang mendebarkan, terpaksa tinggal anak dekat surau," tulisnya dalam hantaran di media sosial.

Namun ujar wanita berkenaan, sebagai langkah berjaga-jaga dia menulis nota ringkas menggunakan helaian muka surat buku surah Yasin bagi memaklumkan keadaan sebenar sekiranya ada individu lain masuk ke surau tersebut.

"Kecemasan sangat masa tu. Kebetulan ada pen jadi saya tulis nota (pada muka surah Yasin) dan tawakal. Risau orang sangka saya buang anak atau diambil orang. Selesai membuang, elok je Allah 'jaga'," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Surau sempit, ramai tunggu nak solat... Pelik ada mak ayah sibuk ajar anak kecil sembahyang, cara ambil wuduk

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa ditegur suka bawa anak kecil masuk surau mall, mengganggu dan sempit - “Terpaling nak khusyuk ni, bising pun tak boleh”

Perkongsian itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata meluahkan rasa bimbang dengan keputusan wanita ini.

Malah warga maya yang menasihatkan wanita berkenaan agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.

  • Wanita terpaksa meninggalkan bayinya seketika di surau kerana kecemasan untuk ke tandas.
  • Kejadian berlaku sekitar pukul 11 pagi ketika dia mengikut ibu bapanya travel.
  • Dia menulis nota ringkas sebelum keluar dan mengunci pintu surau.
  • Bayi ditinggalkan kira-kira lapan minit dan didapati dalam keadaan selamat.
  • Netizen menasihatkan agar perbuatan itu tidak diulang walau dalam keadaan darurat.

"Kalau jenis paranoid macam saya ni, 10 kali fikir pun tak nak la (tinggal anak). Tapi apa-apa pun syukur Allah jaga.

"Lain kali jangan buat macam ni dah tau. Biar tercirit dalam seluar daripada hilang anak. Lain kali angkat je anak dan pangku sambil membuang. Kalau dah hilang, nangis keluar air mata darah pun tak dapat balik.

"Jangan buat macam ni lepas ni sis. Apa-apa jadi nanti menyesal tak sudah. Bawa je walau darurat macam mana sekali pun," komen beberapa netizen pada hantaran wanita itu.

Artikel Lain