suria

Leher anak lelaki 5 tahun dirangkul, dicium mulut rakan sejenis! Ibu pelaku anggap perlakuan biasa - “Salam perkenalan je, dia friendly”

Ibu bapa perlu bertanggungjawab atas tingkah laku anak-anak. -Gambar hiasan AI

SEORANG ibu meluahkan rasa terkejut dan bimbang apabila melihat anak lelaki yang baru berusia lima tahun dicium pada bahagian mulut oleh rakan sejenis ketika berada di sekolah.

"Budak lelaki lima tahun, kena cium mulut dengan budak lelaki lain... memang terkejut aku.

"Anak aku pula yang kena, terpinga-pinga dia sebab kena grab leher dan dicium, mulut tau," luahnya di Thread.

Anak-anak kecil sepatutnya dididik dengan batas pergaulan dan sentuhan selamat. -Gambar hiasan AI

Anak-anak kecil sepatutnya dididik dengan batas pergaulan dan sentuhan selamat. -Gambar hiasan AI

Menceritakan semula detik tersebut, katanya kejadian berlaku semasa dia sedang menguruskan proses pendaftaran persekolahan anak sulungnya.

Pada masa tersebut, dia berada di dewan sekolah berkenaan bersama ramai lagi ibu bapa dan ahli keluarga murid terlibat.

"Aku daftar anak sulung masuk sekolah, kat dewan tu ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa risau adik ipar lelaki suka melebih-lebih cium anak umur 3 tahun, susah nak kesan pedofilia

ARTIKEL BERKAITAN: Guru nak gugur jantung tengok budak 5 tahun cium mulut, bukan sekali tapi 2 kali!

"Kemudian, ada anak parents mana entah datang grab leher anak aku terus cium," ujarnya dalam nada kesal.

Apa yang lebih menjengkelkan adalah reaksi daripada ibu bapa kanak-kanak tersebut yang seolah-olah menganggap perbuatan itu sebagai perkara biasa.

Malah ibu kanak-kanak tersebut didakwa menyatakan tingkah laku di luar norma itu sebagai tanda salam perkenalan.

  • Ibu terkejut anak lelaki 5 tahun dicium mulut rakan sejenis di sekolah.
  • Kejadian berlaku ketika urusan pendaftaran di dewan sekolah.
  • Kanak-kanak terbabit dikatakan biasa mencium mulut kakaknya.
  • Ibu tegaskan jangan normalisasikan perbuatan itu walau alasan mesra.
  • Netizen setuju kanak-kanak perlu diajar batas sentuhan sejak kecil.

"Aku terkejut maknya cakap... salam perkenalan je tu, dia friendly.

"Rupanya kakak dia pun dia main cium mulut begitu," tambahnya sambil menegaskan perbuatan tersebut adalah tidak wajar.

Baginya, budaya mencium mulut dalam kalangan kanak-kanak walau atas tanda kemesraan tidak sepatutnya dinormalisasikan.

Reaksi netizen.

Reaksi netizen.

"Aku tak kisah friendly macam mana pun, tapi tolonglah jangan cium mulut. Jangan normalisasikan anak-anak cium mulut," katanya lagi.

Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai dengan rata-rata netizen bersetuju bahawa pendidikan mengenai sentuhan selamat (safe touch) perlu didedahkan kepada kanak-kanak seawal usia kecil bagi mengelakkan perkara seperti ini dianggap biasa.

"Mesti mak dia biasakan, kalau tidak... tak adanya dia buat perangai macam tu.

"Tolonglah ajar anak batas pergaulan terutama mereka yang Muslim.

"Autisme atau tidak, kena ajar... anak aku pun autisme, tiba-tiba balik dari sekolah terus cium mulut sedangkan aku tak pernah ajar," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain