suria

Suami tolak ajakan ziarah sepupu bersalin, isteri terdiam dengar alasan diberi - “Kenapa pula kita nak kena beria?”

Walaupun menziarahi orang bersalin sering dianggap satu kebiasaan, ia bergantung kepada keselesaan dan keikhlasan individu. -Gambar hiasa AI

SUDAH jadi budaya dalam masyarakat kita, menziarahi wanita yang baru bersalin dianggap sebagai tanda keprihatinan, selain mengukuhkan ikatan silaturahim. 

Namun dalam kehidupan pada zaman kini, tidak semua orang mempunyai pandangan yang sama.

Di laman Thread, seorang wanita berkongsi situasi dialami apabila suami enggan menziarahi sepupunya yang baru melahirkan bayi.

Wanita baru bersalin memerlukan rehat yang cukup dan penjagaan rapi untuk cepat pulih. -Gambar hiasan AI

“Ibu mentua ajak suami saya pergi jenguk sepupu suami yang baru lepas bersalin anak kedua. Tapi suami tak nak pergi,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Keengganan suaminya itu membuatkan wanita berkenaan tertanya-tanya tentang alasan di sebalik penolakan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau tak ziarah ayah sakit nanti susah nak bersalin! Wanita dilema ibu bagi kata dua - “Berdosa ke jika tak jenguk?”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tunggu masa nak bersalin, suami pula berkelakuan aneh... beri banyak petanda ajal menjemput - “Warna bilik kami putih, dia nampak hijau”

“Suami cakap, masa aku bersalin dulu diaorang tak ada pun datang ziarah aku padahal aku dekat kampung hampir dua bulan lebih. 

“Kenapa pula kita nak kena beria sedangkan orang tak kisah, tak peduli pun pasal kita," tulisnya.

Wanita itu berkata dia terdiam selepas mendengar alasan suami, namun akhirnya memahami bahawa perkara sedemikian bergantung kepada pertimbangan dan keselesaan diri masing-masing.

  • Seorang wanita berkongsi tentang suaminya enggan menziarahi sepupu yang baru bersalin.

  • Suami menolak kerana keluarga tersebut tidak pernah menziarahinya ketika dia bersalin dahulu.

  • Wanita itu akhirnya memahami keputusan suami yang dibuat atas dasar keselesaan diri.

  • Menurutnya, suami bukan berdendam, sebaliknya tidak mahu memaksa diri melakukan sesuatu tanpa keikhlasan.

  • Perkongsian itu mendapat sokongan warga maya yang menekankan kepentingan menjaga emosi sendiri.

Baginya, suaminya bukan menolak kerana marah atau berkecil hati sebaliknya berpandangan tidak perlu memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang bukan lahir daripada keinginan sendiri.

“Tapi betullah apa yang suami aku cakap. Kenapa kita nak beria sedangkan orang tak pandang pun dekat kita,” tulisnya lagi.

Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya, dengan rata-ratanya menyifatkan suaminya mengambil tindakan yang tepat. 

Sebahagian daripada komen netizen.

Mereka berpandangan bahawa menjaga emosi diri sendiri lebih penting berbanding mengutamakan perasaan orang lain.

"Aku dulu rajin juga melawat kawan bersalin, raya datang rumah tapi bila fikir balik... aku syok sendiri. Diaorang tak ada pun datang rumah aku.

"Suami awak bagus ada prinsip. Dalam hidup ni, kita kena ada maruah. Kalau orang tak nak masuk dalam hidup kita, kita pun tak payah sibuk-sibuk nak masuk dalam hidup orang lain," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain