suria

Menantu merungut mentua suka hati datang ziarah... Nak tengok cucu, tempah homestay sendiri bukan 'lesen' terjah rumah orang!

Setiap ahli keluarga perlu saling menghormati dan memahami perasaan satu sama lain. -Gambar hiasan AI

BARU sahaja melangkah masuk tahun baharu namun seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila menyedari adik beradik kandungnya menyimpan rasa kurang selesa apabila ibu bapa berkunjung ke rumah.

Menurut perkongsian dibuat di laman sosial, dia menangis mengenangkan perasaan ibu bapanya yang seolah-olah terluka gara-gara sikap anak yang sudah berkahwin dan pasangannya.

"Baru masuk 2026, dah makan mi segera sambil menangis. Bukan sebab tak ada duit tapi terfikir ada adik beradik yang mungkin dah lukakan hati mak ayah.

"Sampaikan mak ayah boleh keluarkan ayat terpulanglah, kalau dia nak balik nanti dia balik. Kita ni tak payah la dok pergi jenguk.

Ibu bapa biasanya menziarahi rumah anak yang sudah berkahwin untuk berjumpa dengan cucu. -Gambar hiasan AI

"Ayah saya ni suka pergi melawat adik beradik saya sebab nak jumpa cucu. Tahun 2025 je berapa kali dah pergi dekat rumah mereka," ujarnya memulakan cerita.

Bagaimanapun, terbaharu, kehadiran dia bersama ibu bapa disambut dingin apabila si menantu menunjukkan rasa tidak selesa menerima kunjungan mereka kerana tidak memaklumkannya lebih awal.

Wanita itu menjelaskan, ibu bapanya tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak dan sanggup menempah penginapan sendiri termasuklah menguruskan makan minum tanpa bergantung kepada anak menantu.

"Boleh pula pasangan adik beradik saya merungut suka la (mak ayah mentua) datang tak bagitahu. Saya tak tahu benda tu salah. Kalau pergi jenguk, sudut pandangan kami tak ada pun yang menyusahkan orang sana.

ARTIKEL BERKAITAN:Rindu tak berbalas... Bapa terjenguk-jenguk dari luar tingkap, panggilan minta buka pintu tidak dijawab! - “Sampainya hati mu anak”

ARTIKEL BERKAITAN:Lepas 3 tahun tak balik raya, pemuda terbuka hati jenguk ayah uzur... Tapi kepulangan disambut makian - “Dulu mak cuba gugurkan aku”

"Kami sekeluarga akan buat tempahan homestay, makan pun pandai cari sendiri. Bukan mereka sediakan tempat tinggal atau kena masak. Betul-betul pergi jumpa je.

"Saya sedihlah mereka buat mak ayah macam tu. Kami kena fikir kalau ipar tu terasa. Habis tu mak ayah saya tak ada perasaan ke? Saya makan sambil menangis masa adik datang cerita," katanya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dan pendapat netizen selepas dikongsikan di media sosial.

Menurut seorang pengguna media sosial, meskipun tetamu tidak berniat menyusahkan, kebanyakan tuan rumah mungkin berasa tidak selesa menerima kunjungan secara mengejut.

  • Wanita sedih melihat sikap adik-beradik yang melukakan perasaan ibu bapa.
  • Kunjungan ibu bapa ke rumah anak disambut dingin.
  • Ipar merungut kunjungan dibuat tanpa makluman awal.
  • Keluarga tidak berniat menyusahkan kerana urus sendiri penginapan dan makan.
  • Netizen minta kedua-dua pihak saling memahami.

"Baca bahagian tak inform (nak datang ziarah cucu) je saya dah faham kenapa dia rasa rimas. Memang keluarga tak ada niat menyusahkan.

"Tapi rata-rata tak sedia nak sambut tetamu kalau rumah tak kemas, kalau dah ada rancangan nak keluar, nak bermalas-malasan di rumah.

"Mungkin pada awak sebagai tetamu tak rasa apa-apa tapi tuan rumah tak selesa. Fahamkan juga point of view (POV) tuan rumah sebelum nak sedih sangat. Berlapang dada dengan situasi orang lain," komen seorang netizen.

Artikel Lain