SEORANG isteri berasa tertekan apabila berterusan berdepan konflik rumah tangga sehingga hubungannya dengan suami kini menjadi dingin.Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu mendakwa pertengkaran terbaharu berlaku ketika dia sedang melakukan sesi siaran langsung (live) perniagaan di rumah. Menurutnya, pada waktu itu dia tidak menyedari suaminya berada di dalam bilik dan sedang menunggu dirinya disebabkan lelaki itu langsung tidak memberitahunya apa-apa."Kami masih silent treatment. Saya habis live, jadi berehat sekejap dekat ruang tamu. Kebetulan anak tidur, saya kemas rumah. Saya nak masuk bilik tidur lepas solat, tiba-tiba suami keluar bilik muka marah."Dia cakap apa yang lama sangat? Saya nak (bersama) malam ni. Saya cakap kenapa tak beritahu, saya tak tahu dia tunggu. Dia cakap tak payah la tak ada mood terus.Turunkan ego dan minta maaf sekiranya berlaku perselisihan faham antara pasangan. -Gambar hiasan AI"Dia masuk bilik ambil bantal, selimut dan tidur dekat sofa bilik solat. Saya terduduk kejap dekat ruang tamu, fikir apa salah saya sampai dia marah macam tu," ujarnya di Thread.Menurut wanita itu, dia akan cuba menyusun masa sekiranya suami memaklumkan lebih awal secara lisan atau melalui aplikasi WhatsApp bahawa dia mahu melakukan hubungan intim.Sebaliknya, suami hanya diam seribu bahasa di dalam bilik manakala dia melakukan kerja-kerja mengemas rumah.Letih menguruskan anak, rumah tangga serta perniagaan dalam talian membuatkan emosi wanita ini semakin terganggu mengenangkan sikap pasangan."Selalunya empat atau lima hari sekali baru dia nak. Penat kemas rumah tak habis lagi, saya pergi duduk depan dia minta maaf dan pujuk apa semua.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tak senang duduk, syak suami curang sebab tiba-tiba ‘clean shave’... Beri jawapan 'selamat' bila ditanyaARTIKEL BERKAITAN: Isteri sering tolak ajakan ‘bersama’, alasan malas mandi wajib... Lelaki pilih ‘makan luar’ daripada bercerai"Saya cakap esok pagi ye (bersama) sebelum pergi kerja lepas tu dia cakap tak payah la tak ada mood. Dia cakap saya selfish tak layan suami, fikir diri sendiri je."Saya masuk bilik tidur menangis semahunya. Saya menangis dalam selimut sebab anak sudah lena tidur. Takut tersedar dengar saya menangis," ceritanya lagi.Wanita itu berkata dia sering berasa terkilan kerana keadaan fizikal dan emosinya jarang diambil kira apabila suami mahu melakukan hubungan intim.Dia turut memberitahu bahawa setiap kali berlaku salah faham atau pertengkaran, suami hanya memujuk dengan mengajaknya mengadakan seks tanpa meminta maaf.Isteri tertekan selepas berdepan layanan dingin suami.Pertengkaran berlarutan apabila suami marah kerana merasakan dirinya tidak dilayan.Keletihan menguruskan anak, rumah dan perniagaan dalam talian membuatkan emosi isteri terganggu.Setiap kali gaduh suaminya hanya memujuk dengan ajakan 'bersama' tanpa permohonan maaf.Perkongsian dibuat sekadar meluahkan perasaan dan bukan untuk membuka aib suami.Ringkasan ini dijana oleh AI"Jujurnya kadang saya penat dan letih kena paksa juga layan suami. Kadang dah lewat malam, esok pukul 5 pagi kena bangun dah."Selalu kalau jadi macam ni, dua atau tiga hari nanti dia pujuklah tapi dengan ajak bersama. Bukan minta maaf ke apa."Seharian saya jaga anak, buat affiliate secara live, masak dan kemas rumah. Kadang suami minta masak untuk potluck dekat tempat kerja dia," katanya.Tambahnya, perkongsian itu dibuat sekadar untuk meluahkan perasaan dan bukannya mengeluh atau menjaja cerita mengenai masalah rumah tangganya.