Segelintir suami mencari keseronokan luar kerana tidak bahagia dengan isteri sendiri. -Gambar hiasan AI
HUBUNGAN intim merupakan elemen penting dalam memelihara keharmonian serta kebahagiaan sesebuah rumah tangga.Di platform X, seorang lelaki meluahkan rasa kecewa apabila kehidupan perkahwinannya menjadi hambar susulan isterinya yang kerap menolak ajakan untuk bersama. "Aku umur 35 tahun, isteri umur 30. Kahwin dah lima tahun, tiada rezeki anak. Isteri kerja pukul 8 pagi sampai 5 petang. Balik 'membongkang' je.Pergaulan bebas di tempat kerja boleh menjadi punca zina. -Gambar hiasan AI"Kemas rumah, masak, semua aku yang buat. Bila ajak bersama, dia cakap penat, malas mandi wajib dan sebagainya," tulisnya.Selepas sekian lama memendam perasaan, lelaki itu mengakui mula menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerjanya sejak setahun lalu.Menurut lelaki itu, dia sedar dosa yang dilakukannya, namun terpaksa berbuat demikian kerana enggan bercerai lantaran masih mahu menyelamatkan rumah tangganya. Seorang lelaki dedah jarang bersama isterinya sepanjang lima tahun berumah tangga.Pasangan itu juga masih tidak mempunyai cahaya mata sehingga ke hari ini.Lelaki itu mula terlanjur dengan rakan sekerjanya sejak setahun lalu.Ramai netizen menyelar lelaki itu kerana berzina dengan wanita berstatus isteri orang.RIngkasan ini dijana oleh AI"Nak dijadikan cerita, kawan sekerja umur 35 pun ada masalah sama. Dia tiada anak dan kurang dapat nafkah batin. Suatu hari masa kursus, kami berkongsi cerita."Sejak itu, kami jadi FWB (friend with benefit). Kami amalkan seks selamat. Kami tahu je risiko mengandung, tapi setakat setahun ni masih okey."Aku tak advocate benda ni. Betul, benda ni berdosa. Daripada cerai, keluarga bergaduh nak bayar itu ini, aku rasa kehidupan aku lebih baik macam ni," tulisnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Status 'bini orang' tapi curang, zina... Wanita nekad bocor rahsia BFF dah kawan hampir 30 tahun - "Suami dia sangat baik, alim"ARTIKEL BERKAITAN: Nampak kelibat rakan serumah ‘seludup’ awek masuk bilik, pemuda kuatkan suara mengaji al-Quran... Enggan subahat buat maksiat!Di ruangan komen, ramai netizen menyelar lelaki itu dan menasihatinya agar berhenti melakukan zina."Kata tak ada anak. Apa yang susahnya, cerai je la. Umur 35 tapi cara berfikir jumud betul."Berzina dengan orang yang dah kahwin tu dosa besar. Kau happy kat dunia, tapi akhirat macam mana?"Kau rela hidup bergelumang dosa daripada cerai? Gila la," tulis netizen.