suria

Dulu buat 'part time' demi sambung belajar, adik pula semua ditanggung siap nak hantar ke 'overseas'... Wanita pertikai sikap ibu

Tidak dinafikan layanan pilih kasih wujud dalam keluarga. -Gambar hiasan AI

LAYANAN pilih kasih dalam keluarga sememangnya wujud dan semestinya memberi kesan emosi yang mendalam kepada individu yang terlibat.

Situasi sama dialami oleh wanita ini yang meluahkan kesedihannya apabila menerima layanan berbeza daripada ibu dan abang sendiri, khususnya dalam soal pendidikan.

Menurut wanita itu, perasaan sedihnya memuncak selepas ibu memaklumkan perancangan untuk menghantar adiknya menyambung pengajian ke luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung ‘makan hati’ sikap ibu pilih kasih, rasa macam yatim piatu... “Dia puji adik bagai malaikat”

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat kerja tapi ibu tuduh sombong, tak bangga sebab anak kesayangan gagal temuduga- “Kesian dekat along”

"Malam tadi aku nangis gila-gila. Sebab mak aku cerita dia plan dengan abang untuk hantar adik sambung degree luar negara.

"Aku cuma cakap, untungnya adik.. sambung belajar ramai je tanggung. Ye la mungkin sebab dia pandai.

"Tak nafikan SPM adik aku 8A 1B. Sains tulen. Aku pun sains tulen tapi SPM dapat 6A je," tulisnya.

Netizen memberikan kata semangat buat wanita berkenaan.

Tambahnya, situasi berbeza berlaku ketika dia melanjutkan pengajian peringkat diploma sebelum ini.

Disebabkan tiada sokongan, dia terpaksa bekerja sendiri bagi menampung yuran pengajian, membeli komputer riba serta menyara diri serta keperluan sepanjang tempoh pengajian.

  • Seorang wanita sedih dirinya dilayan berbeza oleh ibu dan abang dalam soal pendidikan.

  • Kesedihannya memuncak selepas tahu ibu dan abang rancang hantar adik sambung belajar ke luar negara.

  • Sedangkan dia dahulu bekerja sendiri ketika menyambung diploma bagi menampung kos pengajian.

  • Sebaliknya, adiknya menerima bantuan dan sokongan sepenuhnya daripada ibu dan abang.

  • Netizen memuji ketabahannya berdikari serta menggesa agar tidak berputus asa mengejar impian.

"Adik aku pula, cakap je nak study sini situ, abang aku apply kan, abang aku belikan laptop, abang aku bayarkan yuran. Aku? Semua sendiri.

"Mak aku sendiri cakap, kakak kerja lagi bagus. Ada juga hasilnya. Sebab pointer aku waktu diploma 2.7 je. 

"Tapi okay bersyukur sajalah mungkin ini rezeki aku. Kerja technician. Ada impian nak buat part time degree tapi tak tahulah boleh ke tak. Doakan," akhirinya.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya tampil memberikan kata-kata semangat serta sokongan moral kepada wanita berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang memuji ketabahan wanita itu kerana mampu berdikari dan menyara diri biarpun berhempas pulas menamatkan pengajian. 

Artikel Lain