MENGAMBIL inspirasi daripada kisah peribadi sendiri, penyanyi baharu Athierah tampil dengan sebuah lagu berjudul Berdiri.Athierah atau nama sebenarnya Nor Athierah Aqielah Nor Azman, 22, berkata Berdiri mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan perjalanan hidup serta pengalaman peribadinya sepanjang bergelar anak seni. Menurutnya perjalanan untuk serius dalam industri hiburan bukanlah sesuatu yang mudah kerana dia juga pernah melalui pelbagai cabaran dan fasa jatuh bangun sebelum mendapat peluang merakamkan single sendiri.Berdiri beri pengalaman baharu buat Athierah.“Saya memang minat menyanyi sejak kecil lagi. Dari dulu saya suka buat persembahan dan aktif dalam bidang seni. Tapi untuk sampai ke tahap sekarang, saya lalui macam-macam pengalaman dan cabaran juga. “Jadi bila diberi peluang untuk merakamkan lagu Berdiri, saya rasa sangat bersyukur sebab ini merupakan peluang yang sangat besar buat saya. "Tambahan pula dapat bekerjasama dengan komposer hebat seperti Ajai, memang satu pengalaman yang cukup bermakna,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Tiada layanan istimewa, Aisha Retno kerja keras demi Puteri Gunung LedangARTIKEL BERKAITAN: “Bukan rezeki abang” - Shiha Zikir ralat tak sempat cipta lagu buat anak sulung Amyza Aznan, projek bersama Adrian pasti jadiMenurut Athierah, sebaik sahaja mendengar melodi dan keseluruhan susunan muzik lagu tersebut buat pertama kali, dia terus merasakan satu hubungan yang kuat dengan karya berkenaan.Jelasnya dia teruja apabila diberi peluang bekerjasama dengan komposer dan penerbit terkenal, Ajai, yang disifatkannya sebagai satu pengalaman berharga dalam perjalanan seninya.“Bekerja dengan Ajai memang satu pengalaman yang saya akan ingat sampai bila-bila. Banyak perkara yang saya belajar daripada dia, terutama tentang bagaimana untuk menyampaikan emosi dalam lagu dengan lebih jujur dan tepat. Saya berharap dapat terus menghasilkan lebih banyak lagu selepas ini.ATHIERAHPENYANYI“Ajai juga sangat teliti ketika proses rakaman. Kadang-kadang perkara kecil pun diberi perhatian supaya hasil akhirnya benar-benar memberi kesan kepada pendengar. Dari situ saya belajar bahawa menyanyi bukan sekadar tentang vokal, tetapi juga tentang rasa dan jiwa,” ujarnya. Berkongsi lanjut dia juga mahu untuk terus aktif menghasilkan karya baharu pada masa akan datang selain mencabar diri meneroka pelbagai genre muzik. Dia juga melihat industri muzik hari ini semakin berkembang dan kompetitif, sekali gus membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk terus belajar dan memperbaiki diri sebagai seorang penghibur. “Saya berharap dapat terus menghasilkan lebih banyak lagu selepas ini dan cuba pelbagai genre supaya saya boleh berkembang sebagai seorang artis.Athierah merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur."Saya berharap dapat terus menghasilkan lebih banyak lagu selepas ini dan cuba pelbagai genre supaya saya boleh berkembang sebagai seorang artis. “Industri sekarang sangat kompetitif, jadi saya rasa penting untuk sentiasa belajar dan mencari identiti sendiri dalam muzik,” kongisnya.Selain berjinak-jinak dalam bidang nyanyian, Athierah juga kini sedang melanjutkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam jurusan teater. Malah dunia lakonan dan teater banyak membantu dirinya meningkatkan keyakinan, ekspresi emosi serta cara membawa diri ketika membuat persembahan di atas pentas.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!