PELAKON Datuk Adi Putra mendedahkan dia pernah berdepan cubaan untuk disogok bernilai jutaan ringgit sepanjang bergelar anak seni.Menurut Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 46, tawaran tersebut bagaimanapun tidak melibatkan bidang lakonan, sebaliknya urusan lain yang enggan diperincikan. Katanya, pihak tertentu menggunakan pendekatan ‘melobi’ atau memujuk bagi mendapatkan sesuatu yang memberi kepentingan kepada mereka.Adi anggap rasuah perkara biasa.“RM10 juta, RM20 juta pun ada. Sama juga macam filem Konspirasi ini, wang dihantar dari luar negara dengan jumlah besar.“Tak logik zaman sekarang nak beri RM100 sahaja. Saya percaya perkara itu sudah jadi lumrah,” katanya kepada mStar.Adi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada malam gala filem Konspirasi yang berlangsung di Putrajaya pada Isnin.ARTIKEL BERKAITAN: Adi Putra mahu cabar diri, teringin bawa 10 watak dalam satu dramaARTIKEL BERKAITAN: Aktif di TikTok cara Adi Putra balas sokongan peminat, boleh jadi pengubat rinduDalam pada itu, Adi mengakui cubaan merasuah dirinya bukan berlaku sekali dua, malah menyifatkan perkara berkenaan semakin biasa terjadi ketika ini.Bagaimanapun, dia akan menilai terlebih dahulu sesuatu pemberian sebelum membuat keputusan untuk menerima atau sebaliknya.“Ramai yang cuba merasuahkan saya, tapi saya tengok juga perspektif mereka. “Bagi saya duit itu cuma angka.ADI PUTRAPELAKON“Adakah rasuah itu untuk menghalalkan cara atau sekadar hadiah? Kalau hadiah itu berbeza, tetapi kalau rasuah untuk menghalalkan cara, saya memang tidak akan terima,” ujarnya.Meskipun sedar isu berkenaan sesuatu yang sensitif namun Adi berkata dia berani untuk bercakap secara terbuka mengenai perkara itu.Walaupun berdepan pelbagai tawaran lumayan, Adi berkata dia tetap berpegang teguh pada prinsip hidup yang dipegang selama ini.Adi berani untuk menolak rasuah.“Saya cakap terus terang sebab inilah realiti zaman sekarang. Banyak perkara berlaku di luar sana dan saya bukan nak ‘spin’.“Mungkin saya perlu berhati-hati supaya tidak mengguris hati orang lain, tapi di media sosial ramai ‘keyboard warrior’ tidak fikir tentang perasaan orang lain.“Bagi saya duit itu cuma angka. Walau sebanyak mana pun, ia mudah masuk dan keluar. Tetapi apa yang penting ialah apa yang kita mahu tinggalkan untuk waris dan keluarga,” kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!