suria

Ajak pergi karaoke dan suruh buka baju, Zara Zya kongsi pengalaman hitam dunia hiburan… Rakan artis ambil kesempatan

Zara bijak menjaga dirinya semasa berdepan pelbagai situasi.

Zara Zya, karaoke, VVIP, rakan artis VVIP, bilik hotel

MEMULAKAN kerjaya lakonan pada usia muda, pelakon Zara Zya mendedahkan berdepan pelbagai pengalaman pahit ketika membina nama dalam industri seni.

Dedah Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, dia pernah menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya ketika menghadiri sesi uji bakat.

“Awal-awal dulu bila pergi casting, kadang-kadang saya pergi sendiri. Kalau bawa mama, saya kena reject. Mereka ingat saya pergi shooting bawa mama.

Zara anggap industri hiburan kejam.

“Kenapa? Sebab niat mereka tak elok. Kalau saya bawa mama, macam mana mereka nak buat benda bukan-bukan pada saya,” katanya dalam temubual rancangan Nona.

Bercerita lanjut, Zara juga mendakwa ada individu yang cuba mengajaknya ke karaoke dan bilik hotel atas alasan kerja.

“Mula-mula kata nak bincang pasal kerja, skrip pun sudah ada. Bila ajak pergi karaoke, saya pergi sebab terlalu percayakan orang.

ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya kini lebih tenang, simpan rapi identiti teman istimewa... Enggan letak sasaran segera bernikah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Zara Zya tak ‘goyang’ nampak makhluk halus, percaya manusia lebih mulia

“Tapi dia suruh kawan saya keluar dan minta saya buka baju. Saya terus cari alasan untuk keluar dari situ dan tak kembali semula. Selepas itu dia cuba cari saya tetapi saya terus block nombor dia,” ujarnya.

Lebih mengejutkan, dia turut mendakwa pernah diajak ke hotel oleh rakan artis kononnya untuk menghadiri sebuah acara sebelum terkejut apabila mendapati terdapat lelaki kenamaan (VVIP) menunggu di lokasi berkenaan.

“Saya ingatkan sekadar makan-makan biasa, rupanya memang ada lelaki-lelaki VVIP yang menunggu untuk masuk ke bilik.

“Saya tak mahu tetapi mereka juga tak mahu hantar saya keluar. Lama juga saya cuba lepaskan diri. Situasi itu memang menakutkan,” kongsinya.

Zara akui bukan mudah nak lepaskan diri.

Tidak hanya itu, Zara turut mendakwa pernah diganggu secara fizikal oleh beberapa individu dalam industri namun memilih untuk tidak memperbesarkan perkara tersebut.

Tambah Zara, walaupun pernah berada dalam keadaan susah dan memerlukan wang, dia tetap berpegang kepada prinsip untuk mencari rezeki dengan cara yang betul.

“Ada juga tawaran diri untuk membela, tapi saya tak mahu terlibat sampai ke tahap itu. Walaupun jatuh bangun dalam industri, saya tetap pilih cara yang baik.

“Ada artis yang cuba menggatal dan meraba. Tapi bila jumpa sekarang, mereka buat-buat tak kenal atau terus mengelak,” luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain