SUDAH lebih dua dekad dalam industri seni, pelakon Datuk Adi Putra mengakui masih banyak watak impian yang ingin dibawakan termasuk melakonkan 10 karakter berbeza dalam satu naskhah.Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 45, berkata cabaran itu dilihat mampu menguji tahap kemampuannya sebagai seorang aktor berpengalaman. "Banyak lagi watak yang saya idamkan. Salah satunya adalah 10 watak dalam satu karya tapi masih belum pernah ditawarkan.Adi mahu tampil berbeza dalam setiap lakonannya."Pegangan saya sebagai seorang pelakon bukanlah nak mengejar populariti, anugerah tapi nak mencabar diri sendiri sampai tahap mana," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Adi memberitahu membawakan 10 watak dalam satu naskhah bukan tugas mudah kerana setiap karakter memerlukan pendekatan berbeza.Katanya, keinginan tersebut tercetus selepas dia menonton beberapa filem luar negara yang menampilkan konsep sedemikian.ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk urus syarikat umrah, Adi Putra lebih selektif tawaran lakonanARTIKEL BERKAITAN: Aktif di TikTok cara Adi Putra balas sokongan peminat, boleh jadi pengubat rindu"10 watak dalam satu ini contohnya dari segi kerjaya. Mungkin watak saya jadi menteri, lagi satu jadi doktor, jadi penampilan itu 10 watak yang berbeza tetapi dilakonkan oleh seorang saja. "Saya ada rujukan untuk watak ini untuk filem luar negara. Bila saya tonton, rasa teringin pula nak bawa watak macam itu. "Saya mahu cabar diri saya sama ada boleh melakukannya atau tidak," ujarnya. Sementara itu, Adi turut menyuarakan hasrat untuk tampil dengan karakter yang benar-benar berbeza daripada imej dirinya yang dikenali peminat. Adi sebelum ini sudah melakonkan pelbagai genre drama dan filem."Lagi satu, saya mahukan watak yang kalau saya muncul dalam drama atau filem, itu bukan saya. "Saya mahu bawa imej berbeza. Itu yang saya ingin kan sebab sepanjang berlakon saya dah melakonkan macam-macam watak dan genre. "Genre romantis, aksi, seram dah banyak. Cuma saya mahu perwatakan yang berbeza. Semakin meningkat usia, semakin saya mahukan cabaran," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!