PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob meminta orang ramai lebih menghargai usaha artis-artis lama yang kembali aktif mengadakan konsert selepas sekian lama menyepi daripada industri hiburan.Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob, 48, berkata setiap penyanyi mempunyai perjalanan seni tersendiri dan tidak wajar dibandingkan dengan versi mereka ketika muda, sama ada daripada segi vokal, rupa mahu pun fizikal. “Bila ada penyanyi senior atau lama kembali buat konsert, tak perlulah kita bandingkan suara, rupa serta fizikal mereka dengan zaman muda dahulu.Fazley minta peminat menikmati konsert tanpa perbandingan.“Lebih baik kita nikmati persembahan itu dan hargai usaha mereka yang masih sudi menghiburkan peminat,” katanya menerusi hantaran Thread.Tambah Fazley lagi, rata-rata peminat ramai tidak memahami cabaran sebenar dalam menjayakan sesebuah konsert yang memerlukan persediaan rapi dan komitmen tinggi daripada pelbagai pihak.“Yang ada tarikh luput itu makanan! Insan seni dan karya tak ada.ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob terima banyak DM foto ketiak daripada wanita… “Mereka tanya bersih atau tidak”ARTIKEL BERKAITAN: Mesej nakal lumrah sebagai selebriti, Fazley Yaakob belum tutup hati kahwin lagi“Jadilah baik. Nak buat konsert bukan senang, bukan macam masak ayam gepuk… banyak benda nak kena sediakan tapi bila makan lima minit sahaja sudah habis,” ujarnya.Dalam masa sama, dia memberitahu penganjuran konsert memerlukan tenaga dan pengorbanan besar meskipun persembahan berlangsung dalam tempoh singkat.“Persediaan untuk konsert itu susah, nak habiskan konsert pun perlukan lebih banyak usaha,” luahnya.Perkongsian tersebut meriah perhatian ramai yang rata-rata bersetuju dengan pandangan tersebut namun ada juga menganggap beberapa penyanyi lama masih mempunyai tenaga sama seperti waktu muda mereka.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!