LAPAN rakyat Malaysia yang mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ditahan tentera Israel di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus pada Isnin.Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, semua rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel itu sekitar pukul 3 hingga 6 petang waktu Malaysia. Lapan rakyat Malaysia itu adalah Zainal Rashid Ahmad (Amanda), Mohammad Shazly Mohammad Shees (Cactus), Tengku Ahmad Taufik Tengku Nor Zahari (Cactus) dan S Patmanathan (Furleto).Turut ditahan Muhammad Amirul Afif Mohd Azhar (Furleto), Syakirin Muhamed Senin (Furleto), Muhamad Muhsin Zaidi (Isobella) dan Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman (Josef)."Bermula jam 3 hingga 6 petang lima kapal GSF dihampiri secara agresif oleh tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus."Kedudukan flotilla ketika insiden intimidasi berlaku adalah kira-kira 241 batu nautika dari Pantai Gaza, iaitu di laluan perairan antarabangsa yang sah dan dilindungi sepenuhnya di bawah undang-undang maritim antarabangsa UNCLOS," katanya.