Gambar yang diambil sebelum makan menunjukkan hanya tujuh ulas limau sahaja dihantar kepada pelanggan. -Foto Afifa Nabila Mohd Khairudin
SEORANG lagi pelanggan Pagi Sore tampil berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika menikmati hidangan di restoran popular di Jakarta, Indonesia itu di media sosial.Afifa Nabila Mohd Khairudin mendedahkan dia dan rakan-rakan hampir menjadi mangsa tuduhan palsu daripada staf ketika menikmati hidangan di restoran berkenaan minggu lalu. Menurutnya, pencuci mulut iaitu sepinggan buah limau yang diletakkan di atas meja hanya mempunyai tujuh ulas yang kebiasaannya 10 ulas namun mereka langsung tidak menyentuhnya."Masa nak bayar, ada staf perempuan bisik dekat staf lelaki yang tengah kira. Dia cakap limau itu ada 10 ulas tadi, tinggal tujuh je."Dia suruh caj dan kenakan bayaran untuk tiga ulas limau," kongsinya di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Pelancong Malaysia terkilan dituduh lari tak bayar makan, Pagi Sore tampil mohon maaf anggap salah fahamAfifa Nabila berkata, dia bernasib baik kerana sempat mengambil gambar makanan sebelum makan sekali gus menjadi bukti keadaan hidangan ketika diterima."Nasib baik kita ambil gambar dan memang tiada sisa kulit limau. Berhati-hati kalau pergi, ambil gamabar, simpan resit dan bukti pembayaran. Hamak sangat mereka ini," katanya.mStar pada Ahad melaporkan restoran Pagi Sore di Jakarta, Indonesia membuat permohonan maaf selepas menuduh sekumpulan pelancong dari Malaysia tidak membayar bil makanan mereka. Permohonan maaf itu dibuat selepas pihak restoran mengakui berlaku salah faham berhubung pembayaran bil yang sebenarnya sudah dijelaskan ketika kunjungan mereka pada 13 Mei lalu.Salah seorang mangsa, Norain Mohd Yunus memuat naik video berserta tangkap layar mesej permohonan maaf yang dihantar pihak pengurusan Pagi Sore cawangan Pantai Indah Kapuk (PIK) di Threads miliknya.