suria

‘Bergetar’ naluri isteri tengok telefon suami asyik ‘meniarap’, rupanya simpan skandal dekat pejabat... Siap hadiahkan gelang emas!

Naluri isteri terhadap suami jarang sekali tidak tepat. -Gambar hiasan AI

NALURI seorang isteri memang luar biasa malah ia dianggap anugerah yang membolehkan mereka mengesan sebarang perubahan sikap pasangan.

Itu juga dialami oleh seorang wanita apabila perubahan sikap suami menimbulkan tanda tanya yang akhirnya membawa kepada pendedahan mengejutkan.

Menurutnya, sejak dua bulan lalu, telefon suaminya sering diletakkan dalam keadaan skrin menghadap ke bawah dengan alasan mengelak silau.

Jawapan lelaki itu menyebabkan naluri sebagai isteri mula 'bergetar' merasakan ada sesuatu tidak kena dengan sikapnya.

"Suami aku bahagian operasi tapi sejak kebelakangan ini, dia kerap balik pukul 10 hingga 11 malam. Alasan ada projek mega, kena bimbing staf baru.

Wanita perlu berhati-hati kerana terdapat segelintir rakan sekerja suami yang bersikap perampas. -Gambar hiasan AI

Wanita perlu berhati-hati kerana terdapat segelintir rakan sekerja suami yang bersikap perampas. -Gambar hiasan AI

"Satu malam ini, dia tertidur awal sebab penat, telefon dia atas meja di tepi katil. Tiba-tiba skrin menyala.

"Ada notifikasi masuk nama lelaki tapi preview text dia buat darah aku menyirap," katanya.

Katanya, walaupun nama lelaki tetapi mesej mesra yang tertera membuatkan perasaannya membuak-buak untuk membuka telefon suaminya.

"Jari aku menggigil, aku scan muka suami tengah tidur untuk unlock telefon dia. Bila aku buka je, luluh jantung. Nama lelaki gambar perempuan.

"Bila scroll atas sikit, penuh gambar diorang berdua keluar makan, siap bersuap. Perempuan tu budak baru masuk, junior sumber manusia (HR)," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami beri alasan silau punca telefon 'meniarap', rupanya ada skandal..."Nama lelaki tapi gambar perempuan"

ARTIKEL BERKAITAN: Polis terkejut nampak wanita ‘tergantung’ belakang lori bergerak, sanggup bahayakan diri intip suami curang

Dia turut mendakwa suaminya menghadiahkan gelang emas kepada wanita tersebut sebagai tanda penghargaan selepas sebulan bekerja.

"Paling aku tak boleh terima, suami aku siap belikan dia gelang emas sempena kerja sebulan dengan cemerlang.

"Menggigil satu badan aku malam tu. Aku tengok muka dia tengah tidur nyenyak, rasa macam nak simbah air panas pun ada," katanya.

Selepas mengumpul bukti, wanita itu berkata dia tidak bertindak secara terburu-buru sebaliknya menyimpan semua bukti termasuk tangkap layar perbualan mereka.

"Esok paginya, aku hantar dia pergi kerja macam biasa. Siap salam cium tangan tapi beberapa hari lepas itu aku buat kejutan datang pejabat dia bawa bekal.

  • Wanita dakwa suami berubah sikap dan kerap pulang lewat kerja.
  • Telefon suami diletak pelik menimbulkan syak.
  • Mesej WhatsApp didakwa buka rahsia hubungan dengan staf pejabat.
  • Suami dikatakan beri hadiah gelang emas kepada wanita lain.
  • Wanita kumpul bukti dan berdepan suami serta beri peringatan kepada orang ramai.

"Aku terus tuju ke meja budak HR tu. Depan semua staf, aku letak beg kertas berisi gambar-gambar kantoi mereka atas meja dia.

​"Aku bisik dekat telinga dia, gelang tu cantik, nanti pulangkan balik dekat saya ek, sebab itu duit nafkah anak saya," katanya.

Menurutnya, suaminya telah mengakui kesilapan dan memohon maaf kepada keluarga selepas perkara itu diketahui pihak keluarga mentua.

"Nasihat aku untuk para isteri, jangan percaya 100 peratus bila suami tiba-tiba jadi workaholic. Cuba siasat persekitaran tempat kerja.

"Realiti sekarang, pejabat bukan setakat tempat cari rezeki, tapi dah jadi sarang penyamun kebahagiaan orang," katanya.

Artikel Lain