suria

Diketawakan bagi sabun mandi sebagai hadiah Hari Guru, gadis sayu teringat dekat ibu - “Mak balut cantik-cantik”

Bukan semua guru tidak menghargai pemberian murid. -Gambar hiasan AI

SAMBUTAN Hari Guru memang dinanti-nantikan pelajar untuk menghargai jasa guru yang telah mendidik mereka dengan baik di sekolah.

Namun seorang gadis berkongsi pengalaman lampau berkaitan Hari Guru yang membuatnya trauma sehingga ke hari ini.

Dia tidak menyangka hadiah diberikan kepada guru kegemarannya turut mengajarnya tentang erti sabar dan ikhlas.

Kata gadis tersebut, walaupun hadiah sabun itu sederhana namun ia memberi makna besar kepada dia dan ibunya yang merupakan seorang ibu tunggal.

"Sampai sekarang saya masih ingat lagi. Saya kena gelak depan satu kelas sebab hadiah tak mahal macam hadiah orang lain.

Para guru ikhlas dalam mendidik anak bangsa tanpa mengharapkan balasan. -Gambar hiasan AI

Para guru ikhlas dalam mendidik anak bangsa tanpa mengharapkan balasan. -Gambar hiasan AI

"Mak cakap kalau nak bagi hadiah untuk cikgu, bagi je benda berguna. Jadi kami beli sabun mandi, siap balut cantik-cantik," katanya.

Namun, dia berasa tersinggung apabila seorang guru di dalam kelas membuat gurauan di hadapan pelajar lain berkaitan hadiah diterimanya.

"Ada seorang cikgu masuk kelas lepas tu dia cakap, awak semua nak tahu tak? Saya dapat sabun mandi sebagai hadiah, sabun mandi saya boleh beli sendiri tau.

"Dia tak sebut pun nama siapa yang bagi tapi semua orang gelak kuat sangat. Lepas tu ada pula yang bahan-bahan, eleh sabun mandi je? Sabun jenama apa cikgu? dan macam-macam lagi," katanya kecewa.

ARTIKEL BERKAITAN: Menu ayam habis licin, nasi lemak masuk tong sampah! Guru sedih murid RMT ‘picky eater’, rayu mak ayah jangan tipu maklumat gaji

ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba ada ‘cuti peristiwa’, cikgu tegur ibu bapa pontengkan anak pada Hari Guru… Kecewa isu tak mampu bagi hadiah jadi alasan

Peristiwa itu meninggalkan kesan mendalam sehingga dia memilih untuk tidak lagi memberikan hadiah pada sambutan Hari Guru selepas itu.

"Saya masa tu diam je, duduk membatu, tak cerita pun dekat mak sebab nanti dia sedih. Tapi cikgu tu dulu memang antara cikgu kegemaran.

"Lepas kejadian itu, saya terus hilang semua rasa hormat dekat dia. Hari guru seterusnya sampai habis sekolah saya memang tak bagi apa-apa hadiah dah," katanya.

Gadis itu berharap agar para guru lebih menghargai setiap pemberian daripada murid, walaupun ia kelihatan sederhana atau tidak bernilai tinggi.

  • Seorang gadis berkongsi pengalaman pahit hadiah Hari Guru yang dipersendakan.
  • Hadiah sabun mandi bersama ibunya dianggap kecil oleh seorang guru.
  • Gurauan guru menyebabkan dia malu dan diejek rakan sekelas.
  • Kejadian itu buat dia hilang rasa hormat dan berhenti beri hadiah.
  • Netizen menegur sikap tidak menghargai pemberian murid.

"Korang tak tahu pun macam mana usaha mak ayah dan anak-anak kumpul duit, beli hadiah, balut hadiah tu. Sumpah sakit bila hadiah sendiri kena bahan macam tu.

"Tahniah dan syabas untuk cikgu-cikgu yang sentiasa hargai setiap pemberian pelajar. Saya tahu ramai lagi cikgu kat luar sana yang baik-baik," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengecam tindakan guru tersebut kerana tidak menghargai pemberian anak muridnya.

"Saya sendiri sebagai guru, malu menerima hadiah daripada murid, ibu bapa sebab memang tanggungjawab cikgu membimbing murid. 

"Sebagai cikgu yang selalu lupa nak topup sabun mandi, saya gembira ya kalau dapat sabun mandi," komen netizen.

Artikel Lain