KAUM lelaki sering dianggap sebagai 'raja' dalam keluarga kerana peranan dominan mereka yang dilihat sebagai ketua, pelindung dan pembuat keputusan utama.Disebabkan itu juga mereka tidak sinonim melakukan pekerjaan rumah atau perkara-perkara yang dianggap hanya layak dilakukan oleh kaum perempuan. Situasi itu juga sering dikaitkan dengan faktor kenegerian sehingga wujudnya sterotaip terhadap lelaki daripada sesuatu negeri.Seorang individu tampil dengan perdebatan mendakwa budaya 'memanjakan' lelaki biasanya banyak dilakukan di negeri-negeri di Pantai Timur dan Utara tanah air."Unpopular opinion: budaya merajakan lelaki dalam keluarga berasal dari negeri Pantai Timur dan Utara. Fight me," tulisnya di Threads.Sikap seseorang individu sering dikaitkan dengan negeri kelahiran. -Gambar hiasan AIHantaran tersebut menarik perhatian warga maya dengan pelbagai hujahan menyokong dan membantah tanggapan tersebut.Bagaimanapun seorang wanita tampil berkongsi kisah peribadinya yang turut membuka mata warga maya mengenai isu tersebut.Menerusi komen balas, dia mengakui perkahwinan yang dibina musnah disebabkan sikap 'manja' bekas suaminya sehinggakan tugas kecil pun tidak mampu dilakukan.Namun jelasnya, bekas suaminya itu bukan berasal dari negeri dinyatakan, sebaliknya berasal dari Perak.Individu dakwa budaya memanjakan lelaki banyak berlaku di negeri Pantai Timur dan Utara.Wanita tampil sangkal dakwaan dengan kongsi pengalaman rumah tangga sendiri.Katanya, bekas suami dari Perak sangat pemalas dan semua beban kewangan ditanggungnya.Suami baharu dari Kelantan pula disifatkan rajin, pandai memasak dan bertanggungjawab.Netizen setuju sikap seseorang bergantung pada didikan keluarga, bukan kenegerian.Ringkasan ini dijana oleh AI"Bekas suami dari Perak, pemalas yang teramat, sudahlah tukar tombol pintu pun tak reti, saya pula kena kerja untuk bayar kereta dan rumah semuanya," jelasnya.Tidak hanya itu, dia mengakui telah mendirikan perkahwinan kedua bersama seorang jejaka dari Kelantan, negeri yang sering dikaitkan dengan secara negatif oleh segelintir individu.Mengakui rumah tangga terkininya lebih bahagia, wanita ini menyatakan suaminya bukan sahaja rajin malah pandai memasak serta berusia 10 tahun lebih muda daripadanya."Suami sekarang Kelantan... rajin, pandai masak, bertukang, boleh baiki kereta dan motosikal. Saya relaks duduk rumah (tak kerja), awal bulan dapat gaji, suami terus transfer bagi nafkah. Duit gaji dia, dia suruh saya pegang," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Kelantan segan dengan negeri sendiri, dakwa banyak rumah tak jaga kebersihan - “Bila datang mesti terkejut beruk”ARTIKEL BERKAITAN: Anak rantau sedih tabiat orang Kelantan di takuk lama... Sampah merata, kedai makan kotor! - “Muka lawa-lawa tapi tandas tak jaga” Dia menegaskan perangai baik atau buruk seseorang individu itu bukan ditentukan oleh negeri kelahiran, sebaliknya hasil didikan keluarga."Keluarga bekas suami sejenis perhambakan orang perempuan. Orang perempuan kena kerja cari duit, lelaki duduk rumah tidur," tegasnya.Menjengah ke ruangan komen di media sosial, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan wanita itu dan menyifatkan 'raja dalam rumah' adalah isu sejagat."Suami saya pun Kelantan, sangat-sangat boleh diharapkan."Suami saya orang Perak, memang rajinlah, jaga anak, memasak cuma tak suka berjalan. Pemalas bukan kerana negeri tapi individu itu sendiri," antara komen netizen.