BAU kurang menyenangkan di dalam kereta sememangnya boleh mengganggu mood sepanjang perjalanan, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.Selain menggunakan pewangi kereta, sebenarnya ada beberapa bahan semula jadi yang boleh membantu menyerap bau dan membuatkan kereta anda lebih segar. Selain mudah didapati, bahan-bahan ini juga sangatlah murah dan boleh dibeli pada harga bawah RM5 sahaja.Berikut kami kongsikan lima bahan semula jadi yang boleh anda cuba untuk mewangikan kereta.1. Kayu manisKayu manis mempunyai aroma manis dan menenangkan yang boleh membuatkan ruang dalam kereta terasa lebih nyaman. Anda hanya perlu meletakkan beberapa batang kayu manis di dalam bekas kecil atau di bawah tempat duduk kereta.2. Garam kasarRamai tak tahu garam kasar sebenarnya boleh membantu menyerap kelembapan dan bau hapak dalam kereta. Letakkan dalam mangkuk kecil dan simpan semalaman di dalam kereta.Uncang teh boleh digunakan untuk menyerap bau dalam kereta. -Gambar hiasan AI3. CengkihCengkih juga mempunyai bau yang kuat dan segar selain membantu mengurangkan aroma kurang menyenangkan. Anda boleh letakkan beberapa biji cengkih di dalam uncang kecil dan simpan di bawah kerusi.4. Kulit oren keringKulit oren yang dikeringkan boleh menghasilkan bau sitrus yang segar dalam kereta.Selain itu, ia juga membantu mengurangkan bau makanan atau bau lembap.5. Uncang teh terpakaiIni antara cara unik yang ramai tak tahu. Uncang teh yang sudah digunakan dan dikeringkan sebenarnya boleh membantu menyerap bau dalam kereta. Pilih teh beraroma seperti teh hijau atau peppermint untuk memberikan bau lebih menyenangkan.Selain menggunakan bahan semula jadi, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan ruang dalam kereta supaya bau tidak mudah terperangkap terlalu lama.