BAGI yang suka berkebun, pasti sudah terbiasa dengan aktiviti membuat baja kompos daripada sisa dapur seperti kulit sayur dan buah-buahan.Malah hasil kompos ini memang diketahui mampu menyuburkan tanah dan membantu tanaman tumbuh lebih sihat. Namun sebenarnya ada satu lagi cara mudah untuk 'upgrade' sisa dapur ini menjadi baja cecair yang lebih kuat dan berkhasiat buat tanaman.Baja kompos diketahui sangat baik untuk pertumbuhan tanaman. Manfaat kulit bawangSalah satu bahan semakin mendapat perhatian ialah kulit bawang, yang bukan sahaja mudah didapati tetapi kaya dengan nutrien penting untuk tanaman.Kulit bawang mengandungi nitrogen, magnesium, fosforus serta nutrien lain yang diperlukan oleh tumbuhan untuk tumbuh dengan sihat dan kuat. Kulit kering bawang juga mengandungi quercetin dalam iaitu sejenis antioksidan yang boleh membantu meningkatkan pertumbuhan tanaman. Selain itu, kulit bawang turut mempunyai sifat antibakteria dan antivirus yang membantu ketahanan tanaman terhadap penyakit.Di media sosial juga dipenuhi dengan testimoni daripada pekebun yang berkongsi kesan positif 'air bawang atau 'jus bawang' terhadap tanaman mereka.Ada menggunakan baja kompos itu untuk menyuburkan tanaman seperti tomato dan timun, malah ada juga berjaya 'menghidupkan' semula pokok hiasan yang hampir mati.Kawasan lapang di sekeliling rumah boleh dimanfaatkan untuk menanam buah serta sayur-sayuran. - Gambar hiasan AIKajian Kajian diterbitkan oleh American Society for Horticultural Science mendapati baja berasaskan sisa bawang mampu meningkatkan pertumbuhan akar pada bok choy, salad dan lobak. Manakala menerusi kajian International Journal of Science & Engineering Development Research pula menunjukkan air kulit bawang membantu meningkatkan pertumbuhan serta ketahanan penyakit pada beberapa jenis tumbuhan berbunga.Cara membuat baja menggunakan kulit bawang cukup mudah. Cara membuat baja cecair kulit bawangAnda boleh menggunakan kulit bawang merah atau bawang putih untuk menghasilkan baja buatan sendiri (DIY) ini. Pertama sekali, kumpulkan kulit bawang secukupnya dan simpan dalam keadaan kering supaya tidak berkulat. Selepas itu, rendamkan kulit bawang dalam air sekurang kurangnya sehari. Setelah direndam, asingkan kulit bawang tersebut dan anda boleh buang atau masukkan ke dalam kompos.Air rendaman itu kemudian boleh digunakan sebagai baja cecair untuk disembur pada daun atau disiram di pangkal pokok. Namun begitu, penting untuk mencairkannya terlebih dahulu kerana air bawang yang terlalu pekat boleh merosakkan tanaman.Nisbah disarankan ialah sekurang kurangnya satu bahagian air bawang kepada lima bahagian air biasa.