SEJAK kebelakangan ini 'laungan' tentang keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan peribadi atau work-life balance banyak dibincangkan terutamanya dalam golongan Gen Z.Mereka menganggap keseimbangan dalam dua perkara itu penting dalam menjalani kehidupan lebih berkualiti tanpa tekanan. Golongan ini juga lebih mendambakan pekerjaan yang tidak memerlukan mereka bekerja lebih masa dengan harapan dapat meluangkan masa bersama orang tersayang.Bagi Iñaki Ereño yang juga ketua eksekutif salah satu syarikat penjagaan kesihatan terbesar di dunia melihat obsesi terhadap work-life balance sebagai satu red flag yang perlu ditangani sebelum terlambat."Apabila keseimbangan hidup menjadi fokus topik perbualan, itu bermakna anda sedang mempunyai masalah."Anda perlu menyukai pekerjaan supaya tidak merasakan hidup perlu diseimbangkan," kata Iñaki kepada Fortune.Konsep work-life balance semakin popular dalam dunia pekerjaan hari ini. -Gambar hiasan AIMenurut Iñaki lagi, keperluan memisahkan kerja daripada kehidupan dengan batas waktu ketat tidak masuk akal jika seseorang benar-benar mencintai apa sahaja dilakukan.Ini kerana individu tersebut akan sentiasa mengira masa sehingga tamat hari kerja yang menunjukkan ada sesuatu tidak kena dari asasnya."Saya seronok memikirkan hal berkaitan perniagaan pada hujung minggu. Saya membalas emel, membaca surat khabar dan sebagainya."Adakah saya rasa ia satu tekanan besar? Tidak, sebaliknya saya menikmatinya. Jadi saya tidak rasa perlu memikirkan bagaimana untuk menyeimbangkan hidup saya," ujarnya.Untuk mengelakkan konsep work-life balance menjadi beban, seseorang disarankan memilih pekerjaan yang disukai atau sekurang-kurangnya boleh ditoleransi.“Saya fikir nasihat di sini adalah luangkan masa untuk memikirkan apa yang anda suka. Jangan lakukan pekerjaan anda tidak suka sehingga memerlukan keseimbangan,” katanya.Beban kerja berlebihan boleh menimbulkan tekanan. -Gambar hiasan AIBukan hanya Iñaki, ramai tokoh berjaya lain tidak mempercayai konsep keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan.Usahawan teknologi kecerdasan buatan (AI), Lucy Guo mengakui bangun seawal 5.30 pagi dan bekerja sehingga tengah malam.“Jika anda rasa perlu ada work-life balance, mungkin pekerjaan anda tidak sesuai,” katanya.Penyanyi, Will.i.am dari kumpulan Black Eyed Peas juga tidak pernah berhenti bekerja mencipta karya terbaharu kerana ia perkara dicintainya.Pengasas LinkedIn, Reid Hoffman pula berpendapat pekerja yang mengejar work-life balance tidak benar-benar komited untuk berjaya dalam kehidupan sebaliknya mudah berpuas hati dengan keadaan semasa.