suria

Emosi terbawa-bawa mimpi pasangan curang, boleh jadi punca gaduh! Penjelasan psikologi mampu legakan hati anda

Mimpi pasangan curang boleh mengganggu emosi seseorang. -Gambar hiasan AI

PASTI ada di antara kita pernah mengalami mimpi dicurangi pasangan namun yang peliknya ia terasa seperti benar-benar berlaku sehingga menyebabkan seseorang terjaga dari tidur dengan perasaan cemas, sedih dan marah.

Tidak hanya itu, perasaan itu terbawa-bawa sehingga menggangu emosi seharian malah hubungan dengan pasangan boleh bertukar dingin.

Ahli psikologi Sigmund Freud menjelaskan mimpi bukan ramalan, sebaliknya simbol kepada keadaan mental dan emosi seseorang.

Mimpi terasa nyata kerana melibatkan bahagian otak yang mengawal emosi seperti sistem limbik.

Disebabkan itu, mimpi tentang kecurangan boleh mencetuskan reaksi emosi yang kuat seolah-olah perkara tersebut benar-benar berlaku.

Sigmund menjelaskan terdapat beberapa punca seseorang boleh mengalami mimpi dicurangi pasangan. 

Isteri pasti sedih jika mimpi pasangan curang benar-benar menjadi kenyataan. -Gambar hiasan AI

1. Rasa tidak selamat dalam hubungan

Mimpi ini sering muncul apabila seseorang berasa tidak yakin atau kurang percaya diri dalam hubungan sehingga mencetuskan gambaran negatif walaupun sedang tidur.

2. Cerminan 'overthinking' berlebihan

Tabiat overthinking terutama berkaitan hubungan boleh terbawa-bawa sehingga ke dalam mimpi. Fikiran yang berlegar-legar pada siang hari boleh muncul semula ketika tidur.

3. Ketakutan kehilangan pasangan

Rasa takut ditinggalkan atau kehilangan orang disayangi boleh muncul dalam bentuk mimpi kecurangan.

4. Kurangnya kepercayaan

Masalah kepercayaan sama ada daripada hubungan semasa atau pengalaman lalu boleh mempengaruhi isi mimpi.

5. Rasa diabaikan atau kurang perhatian

Apabila keperluan emosi tidak dipenuhi, otak boleh mentafsirkannya sebagai ancaman terhadap hubungan.

Sementara itu, terdapat beberapa soalan lazim tentang perkara tersebut yang sering ditanya dan Sigmund menjelaskan ia tidak mewakili realiti.

1. Adakah mimpi pasangan curang bermaksud dia benar-benar curang?

Tidak. Dari sudut psikologi, mimpi lebih mencerminkan keadaan emosi berbanding realiti.

2. Kenapa mimpi ini berulang kali berlaku?

Biasanya kerana ada kebimbangan atau fikiran yang belum selesai dan terus diproses oleh otak.

3. Bagaimana mengurangkan overthinking selepas mimpi ini?

Cuba tenangkan diri, alihkan fokus, dan berbincang dengan pasangan jika perlu.

Artikel Lain