PENULARAN wabak Covid-19 yang bermula pada penghujung 2019 meninggalkan impak cukup besar dalam kehidupan kita semua.Jadi, apabila timbulnya berita tentang jangkitan hantavirus sejak beberapa hari lalu, maka ia terus menjadi perbualan hangat netizen di media sosial. Malah, pengguna media sosial turut meluahkan rasa bimbang sambil menzahirkan harapan agar ia tidak menular teruk seperti pandemik Covid-19 yang lalu."Tolonglah jangan ada rakyat Malaysia yang kena hantavirus tu. Tak nak dah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tak nak dah vaksin," tulis seorang wanita di Threads.Topik mengenai hantavirus kecoh menjadi perbualan di media sosial. -Gambar hiasanApa itu hantavirus?Ia merupakan sejenis virus zoonotik yang lazimnya disebarkan melalui pendedahan kepada air kencing, najis atau air liur tikus yang dijangkiti, terutamanya melalui partikel tercemar di udara. Kebanyakan jangkitan berlaku secara sporadik dan berkait dengan persekitaran yang mempunyai infestasi tikus. Penularan daripada manusia kepada manusia adalah amat jarang berlaku dan hanya dikaitkan dengan strain tertentu seperti Andes virus di Amerika Selatan.Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga kini tiada kes hantavirus dilaporkan di Malaysia malah, risiko kepada orang awam di Malaysia pada masa ini adalah rendah.Langkah-langkah pencegahan1. Jaga kebersihan, hapuskan sarang tikus di rumah anda.2. Elak kontak langsung dengan tikus, najis atau air kencing tikus.3. Menggunakan sarung tangan dan pelitup muka semasa membersihkan kawasan tercemar dengan najis tikus.4. Tidak menyapu atau memvakum najis tikus secara terus kerana boleh menyebabkan partikel tercemar tersebar ke udara.5. Mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala seperti demam, sakit otot, batuk atau sesak nafas selepas terdedah kepada persekitaran berisiko.