SEORANG jurutera tidak menyangka benjolan pada alat sulitnya menjadi petanda dia menghidap kanser zakar.Alastair Munro, 49, berkata, benjolan yang pada awalnya kecil semakin membesar dikesan pada bahagian kepala zakar. Susulan diagnosis itu, Alastair terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Western General, Edinburgh.Prosedur kompleks itu melibatkan pembuangan tumor serta 30 peratus zakarnya menerusi pembedahan selama tujuh jam.Zakarnya kemudian dibina semula menggunakan cantuman kulit dari paha.Alastair menjalani radioterapi selama sebulan dan disahkan bebas kanser pada Februari lalu.Pembedahan Alastair turut dirakam oleh BBC dan akan disiarkan dalam rancangan Surgeons: At The Edge of Life pada Rabu.Segelintir individu malu untuk berjumpa doktor, apatah lagi jika berdepan masalah berkaitan alat sulit. -Gambar hiasan AIKesan selepas pembedahanKetika ini, Alastair masih tidak dapat melakukan hubungan seks atau membuang air kecil dengan sempurna.Ia berikutan komplikasi lymphedema akibat pembedahan serta radioterapi menyebabkan kulit pada zakarnya membengkak.Alastari juga dijangka menjalani pembedahan plastik rekonstruktif dalam tempoh kira-kira setahun lagi bagi memperbaiki keadaan tersebut.Dia juga diberi amaran terdapat kemungkinan kanser itu akan kembali dalam tempoh dua tahun.Tingkat kesedaranAlastair mengakui sukar untuk memberitahu keluarganya mengenai penyakit itu, lebih-lebih lagi kerana ramai tidak pernah mendengar tentang kanser zakar.Namun dia terpaksa berterus-terang memandangkan pembedahannya dirakam untuk disiarkan dalam siri dokumentari BBC.“Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser dalam kalangan lelaki."Jika ada seorang lelaki di luar sana mengalami masalah pada zakarnya tetapi terlalu malu untuk berjumpa doktor, kemudian menonton program ini dan berkata ‘baik aku pergi jumpa doktor’, itulah tujuan utama rancangan ini."Ia sangat sukar dikesan, terdapat sedikit simptom sahaja. Mungkin hanya tompok kecil pada zakar."Jika sesiapa menemui benjolan atau mengalami masalah ereksi atau pendarahan, segera lakukan pemeriksaan," pesannya. -Agensi