suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangka hayat hanya dua minggu! Tolong jangan guna span cuci pinggan sampai hancur, lakukan ini supaya tak jadi sarang bakteria

Span basuh pinggan sepatutnya sentiasa ditukar demi menjaga kebersihan. -Gambar hiasan AI

RAMAI yang tidak sedar, namun span basuh pinggan merupakan salah satu benda paling kotor di dapur.

Fungsinya yang bersentuhan langsung dengan sisa makanan serta keadaan yang sentiasa lembap menjadikan span sebagai tempat kegemaran bakteria untuk membiak. 

Oleh itu, langkah membersihkan span secara berkala sangat penting untuk menjaga tahap kebersihan peralatan makan anda.

Kathy Cohoon, Pengarah Operasi Francais penyedia perkhidmatan pembersihan Two Maids, menyarankan agar span dibilas dan diperah hingga kering setiap kali selepas digunakan.

Selain itu, pembersihan menyeluruh perlu dilakukan setiap beberapa hari sekali. 

Terdapat beberapa cara untuk mencuci span basuh pinggan anda. -Gambar hiasan AI

“Penting juga untuk menukar span secara berkala bagi mengelakkan pemindahan kuman. Sebaiknya, tukar span setiap dua minggu sekali,” jelas Cohoon.

Berikut adalah tiga kaedah berkesan untuk membersihkan span dapur agar bebas kuman.

1. Menggunakan cuka putih

   - Isi mangkuk dengan cuka putih secukupnya sehingga span boleh direndam sepenuhnya.

   - Biarkan selama lima hingga tujuh minit.

   - Selepas itu, bilas span dengan air panas dan peras hingga kering.

2. Rendam dalam air mendidih

  - Didihkan air dalam periuk.

  - Masukkan span dan gunakan sudu dapur untuk menekannya supaya tenggelam sepenuhnya.

  - Rebus selama lima hingga tujuh minit.

  - Matikan api, angkat span, kemudian peras selepas suhu sudah selamat untuk disentuh.

3. Menggunakan ketuhar gelombang mikro

- Basahkan span dengan air tanpa diperas, kemudian letakkan di atas pinggan yang selamat untuk ketuhar.

- Panaskan pada suhu tinggi selama 90 saat.

- Tunggu sehingga sejuk sebelum memerah dan mengeringkannya semula.

Artikel Lain