suria

“Terasa baju kurung saya basah!” - Mahasiswi menangis pakcik gatal gosok ‘burung’ dalam bas, buat projek bawah surat khabar

Ada segelintir lelaki suka mengambil kesempatan terhadap golongan wanita yang dianggap lemah. -Gambar hiasan AI

TRAUMA akibat gangguan seksual bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan, apatah lagi apabila seseorang itu terpaksa berdepan dengan detik menakutkan itu sendirian tanpa bantuan sesiapa.

Seorang gadis tampil berkongsi pengalaman hitam yang masih menghantuinya sehingga kini selepas dia menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang lelaki tidak dikenali di dalam pengangkutan awam.

Menceritakan semula kejadian itu, gadis berkenaan berkata segalanya bermula ketika dia dalam perjalanan pulang ke kampus menaiki bas yang pada waktu itu tidak mempunyai ramai penumpang.

Wanita perlu berani bersuara apabila diganggu. -Gambar hiasan AI

Setiap gadis perlu berani bersuara apabila diganggu. -Gambar hiasan AI

"Ketika sampai di satu perhentian bas, ada seorang pakcik naik. Kerusi banyak kosong tapi dia pilih untuk duduk sebelah saya. Dia bawa surat khabar.

"Saya duduk tepi tingkap fokus tengok luar tapi siku pakcik ni asyik tersentuh pinggang saya. Saya elak ke tepi tapi masih rasa tersentuh," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Senyum pun dah tak nak” - Bos gatal terus ‘turn off’ lepas staf wanita mangsa gangguan bertukar nombor telefon dengan isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Ofis lengang, bos mula naik miang! Wanita lapor HR, tak sanggup tubuh terus disentuh majikan

Berasa sangsi dengan tindakan mencurigakan lelaki itu, dia memberanikan diri untuk menoleh.

Namun, apa yang dilihatnya kemudian sangat mengejutkan dan menjijikkan apabila lelaki tersebut didakwa sedang melakukan perbuatan tidak senonoh di sebalik surat khabar yang dibawanya.

“Ya Allah… dia selak surat khabar dan tangan dia sedang gosok kemaluan sendiri sambil tersengih tengok saya.

“Saya terus terkedu, panik dan menggigil. Saya tak tahu nak buat apa,” katanya.

Dalam keadaan yang terlalu takut dan kaku, dia hanya mampu memandang ke luar tingkap sambil duduk serapat mungkin ke dinding bas, mengharapkan mimpi ngeri itu segera berakhir.

"Kemudian saya dengar dia mengeluh dan terasa baju kurung saya basah! Saya tak toleh langsung sebab menggigil teruk tengok luar tingkap dan tak lama lepas tu dia turun. 

"Apabila sampai kampus, saya menangis cerita kat kawan. Baju tu terus saya buang," katanya.

  • Seorang gadis berkongsi pengalaman trauma diganggu lelaki miang ketika menaiki bas pulang ke kampus.
  • Lelaki terbabit didakwa melakukan aksi lucah di sebelah mangsa sambil berpura-pura membaca surat khabar.
  • Mangsa hanya mampu diam dan menggigil kerana terlalu panik ketika kejadian berlaku.
  • Gadis itu turut mendakwa baju kurungnya terkena cecair dipercayai air mani suspek.
  • Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman sama.

Gadis itu mengakui dia sangat berharap dapat menjerit atau melawan ketika kejadian berlaku, namun ketakutan yang teramat sangat melumpuhkan tindakannya.

“Saya memang jenis apabila panik terus jadi diam dan tak tahu nak buat apa,” katanya.

Perkongsian tersebut ternyata menarik perhatian ramai netizen, terutama dalam kalangan wanita yang pernah mengalami nasib serupa dan mereka turut berkongsi cara bertindak balas.

"Tengah tidur dalam bas tiba-tiba ada tangan sentuh kita berulang-ulang. Terus aku siku, dia bangun tekan loceng nak keluar tu aku terajang dia.

"Dalam bas juga, ada mamat ni dok pegang 'burung' dia. Terus kawan aku cakap kuat-kuat, keciknya macam baby sosej. Lelaki tu terus tekan loceng turun," komen netizen.

Artikel Lain