suria

Ibadah korban jadi perang saudara... Adik kecewa mak menangkan anak abang, suruh selit nama cucu kesayangan tapi tak mahu bayar

Konflik melibatkan pembahagian bahagian korban boleh berlaku akibat berbeza pandangan. -Gambar hiasan AI

MENJELANG Aidiladha, pastinya ramai umat Islam sedang sibuk membuat persiapan, termasuklah menyimpang wang untuk menunaikan ibadah korban.

Namun, tidak semua urusan berjalan lancar apabila timbul konflik yang melibatkan pembahagian bahagian korban dan isu kewangan keluarga.

Seorang wanita meluahkan rasa geram apabila niat murninya untuk melakukan ibadah korban tahun ini bertukar menjadi pertelingkahan bersama ibunya ibunya sendiri.

Perselisihanfaham antara anak dan ibu bapa adalah perkara biasa. -Gambar hiasan AI

Perselisihan  faham antara anak dan ibu bapa adalah perkara biasa. -Gambar hiasan AI

"Aku dan suami nak buat korban... tiba-tiba mak nak masuk satu nama tapi tiada duit. Kalau ikutkan cukup dah tujuh orang kami anak-beranak.

"Tapi kami tetap beri ruang untuk mak dan terpaksa buat kemudian (ibadah korban) untuk anak syurga kami," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaga aib, perhati kecacatan... Tak sah ibadah korban jika haiwan disembelih ada 9 ciri ini

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf saya menangis” - Pemuda Cina pertama kali tengok ibadah korban gagal tahan sebak, puas hati dapat belajar ilmu baharu

Menurut wanita itu lagi, pada awalnya dia menyangka ibunya mahu melakukan sedekah korban atas nama arwah bapanya.

Namun, sangkaannya meleset sama sekali apabila mendapat tahu tujuan sebenar si ibu.

"Rupa-rupanya dia nak letak nama cucu lelaki kesayangan dia. Cucu tu anak angkat abang aku yang diambil sejak kecil.

"Kalau macam tu bayarlah... tapi mak boleh pula marah dan cakap kami berkira," katanya kecewa.

Apa yang membuatkan dia bertambah ralat adalah apabila melihat gaya hidup abangnya yang nampak mewah dan kerap berbelanja untuk barangan berjenama serta sering bercuti.

"Beli barang berjenama, pergi bercuti ada je duit. Beg isteri dia je dah RM1,000 tapi ibadah korban dalam RM700 pula nak berkira.

"Aku pun cakap tak payah kalau nak masuk nama orang lain. Lebih baik letak nama anak syurga kami, sekurang-kurangnya jadi syafaat buat kami nanti," katanya.  

  • Wanita kecewa ibunya mahu tumpang nama korban tanpa bayar bahagian sendiri.
  • Pertelingkahan berlaku selepas permintaan bayaran dianggap berkira.
  • Dia mendakwa ahli keluarga lebih sanggup berbelanja mewah berbanding ibadah korban.
  • Wanita itu memilih mengutamakan nama “anak syurga” mereka untuk korban.
  • Netizen berpendapat ibu bapa tidak wajar terlalu mengatur urusan anak-anak.

Tambah pengadu, rupanya ini bukan kali pertama perkara sebegini berlaku.

Dia pernah memberi ruang kepada abangnya untuk menumpang majlis akikah sebelum ini, namun tindakan itu akhirnya meninggalkan rasa menyesal yang mendalam.

"Mengemis nak buat sekali tapi kemudian mereka seronok pergi bercuti, beli barang mahal. Nak kejar saham akhirat kedekut," katanya.

Luahan tersebut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya berpendapat bahawa ibunya tidak sepatutnya terlalu mencampuri atau mengatur urusan hidup anak-anak yang sudah berkeluarga.

"Kita kena ingat, bila dah tua nanti jangan jadi mak yang suka atur anak. Macam anak tak besar.

"Kalau macam ni bukan dia yang buat korban kak. Macam kau laki bini yang berkorban dan terkorban sebab nak bagi dia buat korban," komen netizen.

Artikel Lain