MENYAKSIKAN sendiri proses ibadah korban buat pertama kali menjadi pengalaman penuh emosi buat seorang pempengaruh ini.
Dalam satu video dimuat naik di media sosial, Leeroy Wong berkongsi detik menyentuh hati ketika berada di Pejabat Penghulu Mukim Cheras, Selangor di mana dia turut serta menyaksikan proses penyembelihan lembu korban.
Berbangsa Cina dan sebagai rakyat Malaysia, Leeroy berkata dia hadir untuk mendalami serta memahami lebih lanjut tentang maksud dan erti sebenar Hari Raya Aidiladha yang diraikan umat Islam.
"Saya pertama kali datang (ibadah korban). Saya pun nak pengalaman dan belajar lebih banyak tentang Hari Raya Haji," katanya.

Pempengaruh itu berkongsi pengalaman pertama kali melihat ibadah korban.
Keterbukaan itu membawanya kepada pengalaman cukup menyentuh hati apabila dia dilihat menangis sebaik menyaksikan lembu tersebut ditumbangkan dan disembelih di depan mata.
"Maaf ya sebab saya nangis. Masa tu betul-betul mix feeling (perasaan bercampur baur).
"Tapi pengalaman ni bagi saya (cukup bermakna) untuk lebih memahami Hari Raya Haji dan ibadah korban," jelasnya yang turut mengenakan baju Melayu berwarna hijau.
Penduduk kampung yang berada di lokasi dilihat cuba menenangkan Leeroy dan menjelaskan tentang ibadah korban.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat dijadikan korban, lembu mati kena renjatan - “Depa tambat dekat tiang elektrik”
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri lumpuh, anak masih belajar ‘mengemis’ dalam rumah… Bapa pencen sibuk korban seekor lembu setiap tahun
Salah seorang penduduk menyatakan reaksi tersebut adalah sesuatu yang normal, apatah lagi bagi individu yang tidak biasa menyaksikan proses penyembelihan secara langsung.
"Memang (akan rasa sedih) sebab kamu tak biasa. Kita dalam Islam memang kena sembelih. Orang Melayu pun bukan semuanya boleh (tengok) proses sembelihan," ujar penduduk itu.
Leeroy juga mengakui dia cukup gemuruh ketika itu kerana tidak biasa melihat darah, namun pengalaman yang dilaluinya membuka mata terhadap keindahan nilai di sebalik ibadah korban.
"Untuk saya... sebelum dan selepas tengok sesi penyembelihan, memang stres.
Tahniah awak salah yang baik dan nak berlajar tentang budaya dan agama orang lain.
NETIZEN
"Tetapi sekurang-kurangnya saya sudah faham lembu ini dikorbankan dengan cara yang halal. Penduduk pun sangat peramah.
"Mereka beritahu saya apa itu Hari Raya Haji lepas tu kenapa ada ibadah korban," jelasnya lagi menceritakan pengalaman tersebut.
Hingga kini hantaran dikongsikan Leeroy itu meraih lebih 2.8 juta jumlah tontonan di TikTok.
Kesungguhan Leeroy yang memiliki lebih 200,000 pengikut di TikTok itu untuk memahami budaya dan amalan agama lain di Malaysia menerima pujian netizen.

Leeroy sempat berbual dengan beberapa penduduk mendapatkan ilmu mengenai ibadah korban.
"Terima kasih ambil pengalaman ini, we are Malaysians.
"Tahniah awak salah yang baik dan nak belajar tentang budaya dan agama orang lain.
"Tahniah tuan, content yang membina ukhuwah, memupuk semangat muhibah dan perpaduan kita rakyat Malaysia. Anda hebat," ujar beberapa pengguna media sosial.
Untuk makluman Leeroy terkenal dalam kalangan warganet kerana banyak berkongsi kandungan mengenai usahanya membantu golongan susah.


