suria

Isteri lumpuh, anak masih belajar ‘mengemis’ dalam rumah… Bapa pencen sibuk korban seekor lembu setiap tahun

Mereka yang berkemampuan dianjurkan untuk menunaikan ibadah korban. -Gambar hiasan

IBADAH korban tidak diwajibkan ke atas umat Islam, namun ia sangat dianjurkan kepada mereka yang berkemampuan.

Di laman X, seorang pemuda berkongsi kisah mengenai ayahnya yang sangat pemurah dan baik hati membantu golongan memerlukan terutama pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di tanah Arab.

Bukan itu sahaja, ujar pemuda ini ayahnya yang juga seorang pesara kerajaan akan melakukan ibadah korban setiap tahun dengan menyembelih seekor lembu.

Daging korban akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan. -Gambar hiasan

Daging korban akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan. -Gambar hiasan

"Setiap tahun ayah korban seekor lembu, sedekah pada anak orang yang sambung belajar di Mesir... beratus-ratus," tulisnya.

Meskipun bangga dengan tindakan bapanya, namun pemuda ini meluahkan rasa terkilan dan membayangkan seolah-olah dia diabaikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas Bezza, minta pula Ativa! Wanita kecewa suami asyik belikan mentua kereta baharu... Anak isteri sendiri ‘mengemis’ minta nafkah

ARTIKEL BERKAITAN: Suami sibuk 'bela' skandal, 12 tahun kahwin isteri tak pernah dapat duit raya! Terlambat, lepas cerai baru nak hulur

Malah dia turut mendakwa, bapanya tidak menjaga kebajikannya sebagai anak termasuk ibu yang sedang lumpuh dan memerlukan perbelanjaan tinggi.

Paling menyedihkan apabila ayahnya sering merungut dan meratib tidak mempunyai duit walaupun setiap bulan menerima wang pencen.

"Mak aku lumpuh, aku pun tengah belajar... kami pun banyak nak pakai duit.

Keutamaan ke laut, nafkah anak belajar tu wajib, setakat korban kat Mesir, sunnat muakkad je.

WARGA MAYA

"Tiap-tiap hari ayah akan tinggi suara dan cakap tak ada duit," tambahnya yang seolah-olah mengharapkan wang korban dan sedekah itu digunakan untuk perbelanjaan dia dan ibunya.

Ia berikutan, sebaik-baik sedekah adalah pada ahli keluarga sendiri.

Luahannya itu mendapat perhatian netizen dengan kebanyakannya menyelar tindakan warga emas berkenaan.

Antara reaksi warga maya pada luahannya.

Antara reaksi warga maya pada luahannya.

Tidak kurang juga yang beranggapan ayahnya mendambakan pujian dari orang luar sehingga sanggup mengabaikan keluarga.

"Memang ada manusia macam ni, sejenis nak show-off kat orang yang dia berduit tapi dengan anak isteri kedekut.

"Abaikan keluarga sendiri tapi tolong orang luar, yang tu pahala ke dosa?

"Keutamaan ke laut, nafkah anak belajar tu wajib, setakat korban kat Mesir, sunnat muakkad je.

"Kalau dah anak isteri sendiri susah, tak payahlah buat korban," demikian reaksi warga maya.

Artikel Lain