RAMAI yang berharap rumah tangga yang dibina akan bertahan sepanjang hayat.
Namun luluh hati seorang wanita apabila perkahwinannya bersama pasangan hanya mampu bertahan selama kurang setahun sebelum penipuan demi penipuan terbongkar.
Meluahkan kesedihan di laman Facebook, wanita ini berkata segalanya bermula apabila suaminya secara terang-terangan mengaku ikatan yang dijalinkan adalah atas dasar perniagaan.

Masalah dialami membuatkan kebanyakan wanita mengalami kemurungan. -Gambar hiasan
"Selepas enam bulan berkahwin, dia mendapat pekerjaan dalam bidang pendidikan.
"Jadi sekarang dia mencari perempuan lain yang berada dalam bidang sama lalu menceraikan saya," luahnya yang merasakan diri dizalimi dan dianiayai lelaki terbabit.
Lebih menyedihkan apabila situasi yang dialami membuatkan dia disahkan menghidap major depressive disorder (MDD) atau episod kemurungan major.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terpaksa jual tanah pusaka, kalah kes saman fitnah ‘penyondol’ hamil anak bekas suami... RM200,000 hilang sekelip mata!
ARTIKEL BERKAITAN: Geram tak diceraikan, isteri hantar foto mesra peluk BF baharu kepada suami... Sanggup tipu mahkamah, fail tuduhan penceraian palsu
Cuba mendapatkan bantuan guaman atas masalah yang dialami, wanita ini turut membongkarkan penipuan yang dibuat suaminya sebelum mereka bernikah.
Malah katanya, dia baru sahaja mengetahui perkara tersebut.
"Dalam borang rasmi permohonan nikah kami, suami tipu tahap pendidikan dengan meletakkan PhD (Doktor Falsafah), pekerjaan dan gaji.
Kemukakan apa sahaja bukti dan failkan hutang dalam perkahwinan.
WARGA MAYA
"Semasa merisik juga famili dia memberitahu yang dia bergelar Doktor Falsafah dan kerja sebagai pensyarah universiti.
"Di kad kahwin juga ada tercetaknya gelaran tersebut," tambah pengadu yang kini dalam proses penceraian.
Susulan penipuan itu, pengadu turut mengakui dia dan keluarga diselubungi rasa malu untuk berhadapan sanak saudara.
Bercerita lanjut, wanita itu berkata dalam tempoh singkat perkahwinan mereka suaminya sempat meminjam sejumlah wang bernilai RM30,000 bagi membuka studio fotografi.

Warga maya bersimpati dengan nasib wanita ini.
"Rupanya dia berkahwin dengan saya supaya saya bantu buka studio fotografi.
"Masa tu saya dah cuba cari kedai tapi dia cakap kecil dan tak sesuai, nak cari studio yang besar... perlukan modal besar," tambahnya yang mendakwa turut pernah diugut untuk diceraikan beberapa kali.
Menerusi ruangan komen, ramai meluahkan rasa simpati terhadap wanita ini.
Malah beberapa individual yang mengaku sebagai pengamal undang-undang turut membantu memberi buah fikiran agar dia membuat tuntuan yang sewajarnya.
"Boleh failkan apa-apa tuntutan berkaitan hak puan selepas daripada penceraian tersebut seperti iddah, mutaah, hak jagaan dan lain-lain yang bersesuaian.
"Kemukakan apa sahaja bukti dan failkan hutang dalam perkahwinan sekali.
"Semoga dipermudahkan segala urusan," demikian reaksi warga maya.


