suria

Isteri sibuk ‘buat amal’ bawa permainan Nintendo balik kampung, bagi anak buah main sampai rosak... Langsung tak fikir perasaan suami

Konsol permainan video adalah barangan mahal dan tidak sesuai digunakan kanak-kanak. -Gambar hiasan

BAGI mereka yang gemar bermain konsol permainan video pastinya tahu ia bukan sesuatu yang murah.

Nilai konsol permainan video bagi jenama tertentu boleh mencecah ribuan ringgit dan jika rosak ia turut menelan belanja yang tinggi untuk dibaiki.

Seorang lelaki kecewa dengan sikap isterinya kerana tidak tahu menjaga konsol permainan video, Nintendo Switch miliknya dengan membawa pulang ke kampung.

Kanak-kanak lebih baik di didik bermain di luar rumah berbanding bermain permainan video. -Gambar hiasanKanak-kanak lebih baik di didik bermain di luar rumah berbanding bermain permainan video. -Gambar hiasan

"Dah dua kali dia minta pinjam, katanya untuk bagi anak-anak main. Isunya sekarang musim cuti sekolah, anak buah pun balik kampung.

"Cara mereka main memang tak reti jaga langsung. Hempuk, baling dan campak," katanya di kumpulan komuniti konsol berkenaan di Facebook.

Lelaki itu berkata dia sudah menasihati isterinya dengan menerangkan bahawa cara bermain seperti itu akan merosakkan konsol berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Obses ‘game online’, budak lelaki bakar 13 rumah... Laku jenayah selepas waktu solat

ARTIKEL BERKAITAN: Pemalas, main 'game' je lebih! Wanita menyesal kahwin lelaki muda - “Gen Z memang macam ni ke?”

"Main gasak macam tu cepat la jahanam. Nak beli lain memang aku tak mampu dah. Sekarang bini tarik muka dan merajuk," katanya lagi.

Tambahnya, wanita itu tidak percaya dia membeli Nintendo Switch berkenaan dengan harga RM1,600 tidak termasuk kad permainan.

"Satu game card je dah dekat RM200. Ada lebih lima games, dah masuk ribu dah nilai dia.

"Accessories pula dah beratus. Kalau joy con (kayu ria) jahanam, nak beli yang asli nilai dah hampir ke RM400.

"Dia anggap aku bohong dan kedekut. Ya, memang aku kedekut," katanya.

Orang takkan faham dan hargai selagi tak keluar duit sendiri.

NETIZEN

Jelas lelaki itu dia mempunyai sebab tersendiri untuk bersikap sedemikian.

"Kalau bini dan anak-anak aku je lenjan, aku tak berkira sangat.

"Aku bengang apabila anak saudara jahanamkan dan tiada siapa nak bertanggungjawab," katanya.

Tambahnya, sebelum ini komputernya pernah rosak selepas digunakan anak saudaranya tetapi ibu bapa mereka hanya lepas tangan.

Reaksi netizenReaksi netizen

"Aku cuma nak cari konsol kedua yang sudah terpakai. Aku dah tak mampu beli set baru," katanya.

Dalam pada itu netizen mengesyorkan kepada lelaki berkenaan untuk menyuruh isterinya melihat sendiri harga konsol berkenaan di aplikasi jualan.

"Suruh dia buka Shopee tengok harga dulu lah. Kalau korang orang kaya takpa juga gitu.

"Biasalah tu bang, lumrah hidup. Orang takkan faham dan hargai selagi tak keluar duit sendiri," katanya.

Artikel Lain