suria

Pemuda ‘acah’ risau nak kahwin, dakwa ramai perempuan galak di akaun DS - “Nak jumpa orang baik, tindakan kena seiring”

Media sosial sering dijadikan platform untuk mendapatkan pasangan. -Gambar hiasan

SETIAP individu pasti mengharapkan perkahwinan sekali seumur hidup.

Justeru pemilihan pasangan perlu dibuat dengan berhati-hati kerana ia merupakan satu keputusan besar dalam kehidupan.

Selain agama, antara faktor atau ciri lain yang akan dinilai sebelum memilih pasangan adalah harta, pangkat dan keturunan, sekufu dari segi pemikiran, tahap pendidikan dan sebagainya yang dianggap mampu menjamin keharmonian sebuah rumah tangga.

Di laman X, seorang individu berkongsi tentang kebimbangan seorang lelaki bujang yang ragu-ragu untuk berkenalan dengan wanita dan menjalinkan hubungan serius sehingga ke jenjang pelamin.

Ramai yang menyalahgunakan media sosial untuk tujuan mengeksplotasi diri. -Gambar hiasan

"Semakin 'galak' saya lihat perempuan di media sosial yang bersembunyi di sebalik imej bertudung, ternyata memiliki akaun 'Dark Side' (DS) dan menawarkan servis pelacuran dalam talian.

“Masih tersisa ke perempuan yang baik untuk dijadikan teman hidup?” lelaki itu menyuarakan apa yang terbuku di hati.

Akaun DS bermaksud pemilik akaun tersebut memaparkan sisi gelapnya terutama keinginan seksual mereka tanpa mendedahkan nama dan gambar mereka sendiri.

Susulan kenyataan lelaki berkenaan, individu itu nampak kurang setuju dengan kenyataannya yang seolah-olah hanya nampak keburukan kaum wanita.

"Kalau nak jumpa orang yang baik-baik, tindakan seharusnya berjalan seiring.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak hamil motosikal suami asyik rosak... Isteri mula fikir ‘jauh’, risau petanda tak baik

ARTIKEL BERKAITAN: “Bayar sendiri di kaunter atau hulur dalam kereta?” - Wanita serba salah nak belanja suami makan, risau terbuka aib

"Musykil juga, macam mana boleh terjumpa akaun perempuan bertudung litup tapi buat benda tak senonoh?" kata pemilik akaun yang banyak berkongsi tips keibubapaan dan psikologi keluarga itu, sinis.

Dalam pada itu, dia turut berkongsi kisah Buya Hamka sewaktu didatangi seseorang menyatakan rasa terkejut dengan kewujudan servis pelacuran meskipun berada di Tanah Suci Makkah.

"Kita hanya akan menemukan apa yang kita cari. Kalau kita mencari perkara yang baik, kejahatan tidak akan kita temui," ujar penulis tersohor Indonesia itu.

Posting tersebut dibanjiri komen netizen, dengan ada daripada warganet tampil membidas kenyataan lelaki itu.

"Masa tengah nakal, mereka akan cari perempuan yang sama 'naik'.

NETIZEN

Kenyataannya itu dikaitkan dengan algorithm pada peranti seperti laptop dan telefon bimbit yang diproses berdasarkan enjin carian, interaksi serta kecederungan minat pengguna dan terbukti mempunyai kaitan dengan kandungan yang dipaparkan.

Rata-rata netizen mendakwa tidak pernah 'terserempak' dengan perkara yang tidak sepatutnya meskipun sering berdamping dengan gajet.

"Kalau kau pun jenis melayan, memang itu je la kau jumpa. Acah-acah takut nak kahwin pula.

"Biasalah, lelaki kalau nak buat bini mesti nak perempuan yang suci. Tak sedar diri yang dia tu perosak anak dara orang. Dasar jantan tak guna, kesian wanita yang baik-baik dapat jantan suka ‘celup’ merata.

"Masa tengah nakal, mereka akan cari perempuan yang sama 'naik'. Bila nak kahwin, tiba-tiba cari yang baik dan berpura-pura seperti malaikat,” antara komen netizen.

Reaksi netizen pada hantaran asal dibuat.

Bagaimanapun dalam hal memilih pasangan, setiap individu harus berbalik kepada konsep ‘lelaki yang baik untuk perempuan yang baik’, begitu juga sebaliknya.

Sifat malu, cara berinteraksi, pakaian serta bahasa tubuh seorang wanita antara kriteria yang boleh dipertimbangkan sebagai calon isteri.

Ada juga warganet berpandangan platform media sosial kurang sesuai untuk mencari pasangan hidup.

Langkah lain yang disarankan termasuklah membina jaringan baharu, mendekatkan diri dengan majlis ilmu serta terlibat secara aktif dalam aktiviti sukarelawan di masjid mahupun mana-mana badan bukan kerajaan (NGO).

Artikel Lain