suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadai kerjaya demi cinta, akhirnya kena ‘scam’ dengan kekasih... Wanita ditinggalkan BF lepas rompak barang kemas RM1 juta

Setiap perbuatan jenayah ada hukuman yang bakal menanti. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita yang terlibat dalam insiden rompakan barang kemas bernilai hampir RM1 juta dari sebuah kedai emas dikhianati rakan subahatnya.

Berdasarkan laporan kejadian berlaku pada 11 Mei lalu di sebuah kedai emas di Ahmedabad, India iaitu premis tempat dia sendiri bekerja.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan kakitangan wanita berusia 38 tahun itu mengambil barang kemas dari almari sebelum menyembunyikannya.

Selepas kehilangan tersebut disedari, pihak kedai segera membuat laporan polis sebelum siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa.

Menurut pihak kedai emas, nilai keseluruhan barang kemas yang hilang dianggarkan mencecah 1.6 crore (lebih kurang RM900,000).

Rakaman daripada hampir 300 kamera CCTV akhirnya membawa polis kepada suspek yang ditahan di kawasan Nava Naroda bersama sebahagian kecil barang kemas yang masih tinggal.

Namun apa yang lebih mengejutkan, siasatan mendapati rakan jenayah yang juga teman lelakinya melarikan sebahagian besar barang kemas ketika mereka dalam buruan polis.

Menurut laporan, pasangan itu sempat bergerak dari satu bandar ke bandar lain sebelum lelaki berkenaan menghilangkan diri bersama majoriti hasil curian, meninggalkan wanita itu dengan baki sekitar Rs 22.5 lakh (RM130,000).

Kes kini masih disiasat dan usaha mengesan baki barang kemas serta lelaki terbabit sedang dijalankan pihak polis. -Agensi

Artikel Lain