SEORANG lelaki berusia 40 tahun meninggal dunia selepas tersepit dekat tangga eskalator kira-kira 18 minit dalam satu kejadian tragis di sebuah stesen kereta api.Mangsa, Steven McCluskey, dilaporkan sedang menuruni eskalator sekitar pukul 5 pagi sebelum dipercayai hilang keseimbangan dan terjatuh berhampiran bahagian bawah eskalator yang masih bergerak. Menurut laporan New York Post dan NBC10 Boston, pakaian mangsa dipercayai tersangkut pada mekanisme eskalator, menyebabkan dia gagal melepaskan diri dalam kejadian 27 Februari lepas.Rakaman CCTV berdurasi 57 minit menunjukkan mangsa bergelut membebaskan diri malah beberapa orang awam yang lalu hanya berjalan melepasi kawasan kejadian tanpa membantunya.Dalam insiden di Massachusetts, Amerika Syarikat itu, hanya seorang individu dilaporkan cuba membantu sebelum beredar, manakala mangsa kemudian dilihat berhenti bergerak selepas beberapa ketika.Orang awam mengambil masa sekitar 18 minit sebelum menghubungi perkhidmatan kecemasan, manakala lebih 22 minit berlalu sebelum kakitangan pengendali transit tiba di lokasi dan menghentikan eskalator.Apabila pasukan kecemasan tiba, mangsa didapati tidak mempunyai nadi, namun berjaya diselamatkan sementara selepas dikeluarkan sebelum dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal.Bagaimanapun, Steven kemudiannya berada dalam keadaan koma dan meninggal dunia 10 hari selepas kejadian.Keluarga mangsa mempersoalkan tindakan orang awam dan pihak berkuasa menyatakan mereka mahukan penjelasan serta meminta mereka bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut.Siasatan berhubung insiden itu masih diteruskan.-Agensi