PENYANYI Hwasa berkongsi pengalaman mendebarkan apabila terlibat dalam insiden tidak dijangka semasa berada di rumah bersendirian.Menurut anggota kumpulan Mamamoo itu, dia mengalami luka melecur tahap kedua selepas terkena air panas daripada sebuah humidifier (pelembap udara). Hwasa berkata, kejadian berlaku ketika dia cuba mengalihkan alat tersebut yang dipenuhi air panas mendidih.Kecederaan Hwasa sudah pulih sepenuhnya.Namun tanpa diduga, air berkenaan tertumpah ke lantai sebelum dia terpijak takungan air panas itu.Katanya, situasi tersebut sebenarnya agak berbahaya kerana ketika itu dia sedang berbogel dan air panas berkenaan boleh terkena tubuhnya.“Saya sebenarnya bernasib baik kerana hanya kaki yang terkena. Kalau tidak, mungkin seluruh badan saya melecur,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: In-ear monitor meletup atas pentas, Hwasa (Mamamoo) alami masalah pendengaranARTIKEL BERKAITAN: Hwasa tak selesa pakai baju dalam, ada masalah kesihatan mudah kembung perutDia kemudiannya mendapatkan rawatan di hospital dan doktor mengesahkan dia mengalami kecederaan melecur tahap kedua pada bahagian tapak kaki.Walaupun mengalami kesukaran untuk berjalan, Hwasa tetap meneruskan jadual persembahannya kerana komitmen kerja yang telah ditetapkan.Dia dilihat tampil di pentas dengan kaki berbalut sambil menahan kesakitan sepanjang persembahan berlangsung.Bagaimanapun, keadaannya semakin pulih dan kesan luka juga hampir tidak lagi kelihatan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!