suria

Peminat misteri Yuta Nakamoto hantar gambar tidak senonoh, tukar nombor telefon pun masih diganggu

Yuta trauma diganggu peminat.

ANGGOTA kumpulan NCT iaitu Yuta Nakamoto berdepan pengalaman kurang menyenangkan apabila menerima gambar bogel daripada peminat fanatik.

Menurut Yuta, individu terbabit menghantar foto tidak senonoh itu menerusi nombor telefon peribadinya.

Katanya, dalam setiap mesej diterima peminat itu berkongsi gambar berserta mesej berunsur lucah.

Yuta sudah berulang kali menukar nombor telefon.

“Saya bersedia bila-bila masa awak bersedia,” katanya ketika muncul dalam program Urban Legend Wide Show.

Walaupun sudah menukar nombor baharu, namun peminat berkenaan masih berjaya mendapatkannya dan terus menganggu.

Malah, individu sama turut menghantar mesej mempersoalkan tindakannya menukar nombor telefon tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota NCT buat kejutan, berhabis lebih RM3,000 untuk peminat sempena Hari Kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Rayuan ditolak, bekas anggota NCT Taeil dipenjara 3 tahun 6 bulan akibat serangan seksual

Pendedahan tersebut mengejutkan ramai peminat yang menyifatkan tindakan itu sebagai satu bentuk gangguan seksual terhadap artis berkenaan.

Rata-rata netizen turut meluahkan kebimbangan mengenai mudahnya peminat fanatik memperoleh akses kepada maklumat peribadi selebriti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain