ANGGOTA kumpulan NCT sememangnya terkenal dengan sikap pemurah dan tidak lokek untuk berbelanja buat peminat.Terbaharu, salah seorang anggota NCT iaitu Haechan sanggup berhabis hampir RM3,000 (900,000 Won) buat peminat sempena Hari Valentine. Memetik laporan Korea Boo, Haechan dikatakan menghantar 30 baucar Olive Young yang setiap satunya bernilai RM100 (30,000 Won) melalui aplikasi pemesejan Bubble.Haechan dipuji sebagai pemurah.Dia juga turut meninggalkan pesanan manis buat peminatnya dengan meminta agar mereka menggunakan baucer tersebut untuk mengembirakan diri."Pergi dan beli coklat atau apa‑apa yang awak nak makan," kongsinya.Lebih mengejutkan, Haechan melakukan kejutan itu semasa sedang sibuk bersiap untuk persembahan SMTOWN Live di Bangkok.ARTIKEL BERKAITAN: NCT buat kejutan untuk peminat, bayar bil makanan satu restoranARTIKEL BERKAITAN: Renjun NCT tertekan diganggu peminat fanatik, merayu berhenti mengekorinyaTindakan tersebut menjadi tular di media sosial X yang rata-rata memuji keramahan dan sikap pemurahnya.Rata-rata netizen turut menggelarkan penyanyi itu sebagai 'rich daddy' kerana memberikan kad hadiah bernilai ratusan ringgit kepada peminatnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!