suria
mStar - Urban.Versatil

Jatuh kerusi semasa persembahan, netizen salahkan ‘aset’ Cardi B terlalu berat

Cardi B jatuh kerusi semasa persembahannya di Las Vegas.

AKSI lincah penyanyi rap Cardi B ketika membuat persembahan sempena Hari Valentine di Las Vegas, Amerika Syarikat bertukar detik mencemaskan apabila dia terjatuh daripada kerusi di atas pentas.

Cardi, 33, yang tampil berani mengenakan pakaian dalam rona merah ketika itu sedang menyampaikan lagu Thotiana sebelum insiden tersebut berlaku.

Dalam rakaman tersebut, Cardi dilihat sedang duduk di bahagian belakang kerusi sebagai sebahagian daripada koreografi persembahannya.

Cardi B tetap santai meskipun kejadian itu memalukan. 

Namun ketika dia cuba melentokkan badan ke arah lantai, kerusi tersebut tiba-tiba tergelincir lalu menyebabkan penyanyi berkenaan terjatuh di atas pentas.

Bagaimanapun, situasi itu tidak sedikit pun mencacatkan persembahannya apabila Cardi pantas bangun dan meneruskan nyanyian seperti biasa sambil menerima sorakan gemuruh penonton.

"Itu bukan saya, itu kerajaan," seloroh Cardi. 

ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B tak cuci rambut selama tiga bulan, mungkin ada terselit telur lipas

ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B berhijab di Arab Saudi, pakaian sopan curi tumpuan

Rata-rata netizen memuji sikap profesional penyanyi itu yang tidak melatah dan tetap tenang meskipun berdepan detik memalukan secara langsung.

Namun ada juga yang berseloroh di ruangan komen dengan mendakwa insiden itu bukanlah salah kerusi semata-mata.

"Bukan salah kerusi, punggung dia yang terlalu besar!

"Kerusi tak salah, ‘aset’ dia yang tak dapat tampung," ujar netizen. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain