suria

Cardi B berhijab di Arab Saudi, pakaian sopan curi tumpuan

Cardi B manis memakai pakaian sopan.

PENAMPILAN penyanyi rap, Cardi B, yang tiba di Arab Saudi menarik perhatian ramai apabila dilihat mengenakan pakaian sopan. 

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi berusia 33 tahun itu di Instagram, memaparkan dirinya berada di pusat beli-belah di negara berkenaan. 

Dalam video tersebut, Cardi B kelihatan anggun mengenakan gaun panjang berserta hijab hitam.

Cardi B turut bersenam dengan pakaian sopan.

"Hello Arab Saudi, Halal B sudah sampai," tulisnya berseloroh.

Menurut laporan, kehadirannya di Arab Saudi adalah untuk membuat persembahan di Festival Soundstorm 2025 di Riyadh, bersama beberapa artis terkenal lain.

Tidak hanya itu, Cardi B juga berkongsi video yang memaparkan dirinya lengkap memakai jubah dan hijab sambil berlari di atas alat senaman treadmill. 

ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B cipta kenangan unik, tali pusat anak keempat jadi loket

ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B tak cuci rambut selama tiga bulan, mungkin ada terselit telur lipas

Menariknya, semasa berlari, dia turut berteriak 'Assalamualaikum' dan 'Waalaikumassalam' dengan penuh bertenaga, menghiburkan para peminat yang menonton.

Dia juga sempat berkongsi kepada peminat cara mendapatkan berat badan ideal selepas melahirkan cahaya mata keempat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain