suria

Tiffany, Byun Yo Han sah bercinta... Rancang berkahwin tapi belum ada tarikh

Yo Han dan Tiffany kini lebih terbuka kongsi kisah cinta.

SELEPAS kecoh menjadi bualan, penyanyi Tiffany tampil mengesahkan bahawa dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Byun Yo Han.

Menulis sepucuk surat kepada peminat, Tiffany, 36, turut memaklumkan hasratnya untuk melangkah ke fasa perkahwinan.

Namun, anggota kumpulan Girls' Generation ini memberitahu bahawa mereka berdua belum menetapkan sebarang tarikh hari bahagia.

“Saya kini dalam hubungan yang serius bersama seseorang dan merancang untuk berkahwin.

Yo Han dan Tiffany rancang berkahwin. 

“Dia telah membuatkan saya melihat dunia ini dengan pandangan yang positif dan penuh harapan. Dia juga membuatkan saya berasa tenang.

“Buat masa ini, belum ada apa-apa yang muktamad. Namun, jika ada keputusan penting dibuat, saya akan memaklumkannya kepada peminat,” ujarnya.

Sementara itu, Yo Han, 39, turut menulis luahan yang sama kepada peminat menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Berkongsi tentang percintaan mereka, Yo Han menyifatkan kekasihnya itu sebagai individu yang banyak mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman skrin didakwa jadi bukti terima mesej ‘kotor’, Lee Yi Kyung bertegas semua tuduhan hanya rekaan 

ARTIKEL BERKAITAN: Gosip percintaan Jungkook, Winter Aespa makin ‘complicated’, peminat siap hantar trak protes depan agensi

“Saya bertemu dengan seseorang yang menjadikan diri saya lebih baik. Senyumannya sentiasa menghangatkan saya.

“Saya berharap senyuman ini akan berkembang menjadi kebahagiaan, dan kesedihan kami menjadi pengajaran ke arah kematangan,” luahnya.

Difahamkan, Tiffany dan Yo Han mula rapat selepas mereka sama-sama terlibat dalam sebuah filem sekitar tahun 2023.

Kisah cinta mereka mula dihidu sejak beberapa minggu lalu menerusi beberapa pendedahan yang dibuat oleh peminat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain