DEMI meneruskan kelangsungan hidup, pelakon asal Hong Kong, Wong You Nam kini memilih kerjaya sebagai seorang pemandu bas secara profesional.
You Nam dikatakan mula mencuba nasib sebagai pemandu bas selepas dia tidak menerima tawaran berlakon dalam tempoh panjang.

You Nam bangga memulakan kerjaya baharu.
Katanya, minat mula datang selepas dia memperoleh lesen memandu bas.
Malah You Nam juga aktif membuat kandungan video di laman YouTube mengenai aktiviti hariannya memandu bas.
ARTIKEL BERKAITAN: Gosip percintaan Jungkook, Winter Aespa makin ‘complicated’, peminat siap hantar trak protes depan agensi
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa enggan beri sokongan, Daesung bersumpah tidak mahu beri wang bulanan
Kelibat You Nam menjadi pemandu bas awam mula disedari orang ramai sekali gus menjadi bualan ramai.
Dia juga mendapat pujian banyak pihak kerana sanggup bertukar kerjaya demi mencari duit.
Semasa aktif dalam dunia seni, You Nam juga merupakan salah seorang anggota kumpulan Shine.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


