TIDAK seperti kebanyakan wanita hamil lain, penyanyi Indonesia, Lesti Kejora memberitahu dia melalui mengidam yang sangat berbeza sepanjang kehamilan anak ketiganya.Lesti, 26, berkata keinginannya kali bukan berkaitan makanan sebaliknya dia 'mengidam' untuk membuka sebuah restoran. "Kehamilan kali ini bukan mengidam makanan. Saya mahu buka restoran," katanya dalam satu temu bual. Lesti dan Rizky bersama anak sulung mereka. Dalam masa sama, suaminya iaitu pelakon Rizky Billar turut mendedahkan Lesti mahu memiliki sebuah pusat bersalin. Mengulas perkara itu, Lesti berkata, dia ingin menyediakan sebuah pusat yang mampu memberikan kemudahan buat wanita yang sedang hamil. Menurut penyanyi dangdut itu keinginan tersebut timbul apabila melihat ramai kaum hawa yang berdepan kesulitan untuk mendapatkan khidmat bersalin kerana lokasi tempat tinggal jauh di pedalaman. ARTIKEL BERKAITAN: Lesti Kejora hamil anak ketiga, hormon tak stabil sampai muka berjerawat ARTIKEL BERKAITAN: Lesti Kejora 'dicop' sombong, akui tak pandai bersosial"Tempat bersalin yang saya teringin nak bangunkan adalah percuma. "Tidak dapat dibayangkan orang yang tinggal di daerah tertentu, susah untuk bersalin. Saya mahu beri kemudahan sebegini," ujarnya. Difahamkan usia kandungan Lesti kini sudah memasuki trimester ketiga. Dia dan Rizky bernikah pada Ogos 2021 dan kini sudah memiliki dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Levian Al Fatih Billar, 4, dan Leshia Tivana Billar, 11 bulan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!