PELAWAK Andy Dick dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai akibat terlebih dos dadah di kawasan Hollywood, Los Angeles.
Dalam video yang tular, Andy dilihat terduduk lemah dan tidak menyedarkan diri di tepi jalan seorang diri.
Hasil bantuan orang ramai, Andy kemudiannya menerima rawatan pakar di kawasan kejadian kerana khuatir meninggal dunia di tempat kejadian.

Andy Dick diselamatkan oleh pakar selepas mendapat panggilan kecemasan.
Selepas beberapa minit bantuan diberikan, Andy dikatakan sudah kembali menyedarkan diri.
Dalam masa sama, pihak polis Los Angeles turut hadir bagi menyiasat insiden tersebut.
Menurut laporan, Andy ketika dihubungi mengesahkan bahawa dia selamat dan bersyukur berada dalam keadaan stabil.
ARTIKEL BERKAITAN: Lesti Kejora hamil anak ketiga, hormon tak stabil sampai muka berjerawat
ARTIKEL BERKAITAN: Lesti Kejora 'dicop' sombong, akui tak pandai bersosial
Bagaimanapun Andy enggan mendedahkan lebih lanjut tentang kejadian atau jenis dadah yang diambil.
Perkara tersebut menerima pelbagai reaksi netizen, malah mereka menganggap Andy tidak perlu dibantu lagi kerana ia kerap berlaku.
"Sudah-sudahlah dengan pelawak ini. Tak habis-habis dengan overdose!
"Patut dibiarkan sahaja. Beri dia sedikit pengajaran," kata mereka.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


