ISU gosip percintaan antara pasangan selebriti Korea Selatan, Jungkook dan Winter nampaknya masih belum reda. Malah, perkara ini semakin hangat diperkatakan sehingga kedua-dua kelab peminat mula meluahkan rasa tidak puas hati mereka secara terbuka. Difahamkan peminat Jungkook yang juga anggota kumpulan BTS menghantar sebuah trak sebagai protes di hadapan pejabat agensi HYBE bagi menyuarakan tuntutan mereka. Trak yang dihantar peminat di hadapan agensi Jungkook dan Winter.Tidak ketinggalan, peminat Winter juga mengambil langkah sama dengan menghantar trak protes di hadapan SM Entertainment berikutan khabar angin percintaan itu.“Diam bukan penyelesaian! Tanggungjawab harus ditunjukkan.“Padam tatu dan jelaskan situasi sebenar.ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa bercinta dengan Jungkook, IG Winter Aespa ‘diserang’ netizenARTIKEL BERKAITAN: Jungkook BTS tak boleh duduk diam, rupa-rupanya hidap ADHD“Kau kata kita akan bersama walau 10 tahun kemudian, tapi kau telah hancurkan kepercayaan kami.“Kalau mahu terus bercinta, jalani kehidupan sebagai rakyat biasa, Kim Minjeong, bukan Aespa Winter," antara slogan yang tertera pada trak protes berkenaan.Sementara itu, SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi tindakan undang-undang akan diambil terhadap sebarang khabar angin percintaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!