suria

Ibu bapa enggan beri sokongan, Daesung bersumpah tidak mahu beri wang bulanan

Daesung membuktikan dia mampu berjaya.

KETIKA awal penglibatan dalam dunia seni, penyanyi Daesung pernah mendapat tentangan ibu bapa sendiri yang kurang bersetuju dia apabila dia memilih kerjaya sebagai artis. 

Ini kerana, Kata Daesung, 36, kedua ibu bapanya tidak mampu memberi sokongan untuk memulakan latihan disebabkan kekangan ekonomi yang mereka alami.  

Disebabkan terlalu marah dan mengikut emosi dia nekad untuk meneruskan penglibatan tanpa bantuan orang tuanya. 

Daesung tidak pernah balas pengorbanan ibu bapa. 

Malah Daesung juga secara tanpa sedar bersumpah dia tidak akan memberi wang pendapatan sebagai artis kepada kedua ibu bapanya.

"Saya akan berjaya dan tunjukkan kepada ibu bapa. Saya tidak akan beri mereka wang bulanan. 

"Saya berjaya dengan usaha sendiri dan akan makan ayam di hadapan mereka. Saya akan katakan ini adalah hasil duit sendiri," katanya mengenang kembali memori di usia remaja. 

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek curi kad kredit suami Jeon Hye Bin di Indonesia akhirnya ditahan, ada kaitan dengan sindiket antarabangsa 

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon nafi buat pembedahan besarkan payudara, dedah semuanya asli… “Saya punya paling kecil dalam keluarga”

Bagaimanapun menurut Daesung, dia mula mendapat sokongan ibu bapa selepas berjaya bergelar artis dan tampil bersama kumpulan Big Bang. 

Dia dalam masa sama membatalkan niat untuk mengenepikan keluarga dan masih memberi bantuan kewangan sehingga hari ini. 

"Kini sudah hampir 20 tahun, mereka masih rasa bersalah terima wang dari saya," ujarnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain