MAHKAMAH Tinggi memutuskan untuk menambah hukuman pelakon Nikita Mirzani daripada empat tahun kepada enam tahun penjara atas kesalahan pengubahan wang haram.
CNN Indonesia melaporkan, dalam keputusan terbaharu itu, Nikita bukan sahaja disabitkan kesalahan di bawah Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik (UU ITE), tetapi turut didapati bersalah atas Tindak Pidana Pencucian Uang (TPPU), satu pertuduhan yang sebelum ini dianggap tidak terbukti oleh Mahkamah Negeri Jakarta Selatan.
"Mahkamah menyatakan Nikita Mirzani terbukti secara sah bersalah kerana dengan sengaja dan tanpa hak mengedarkan atau memindahkan maklumat elektronik dengan ancaman pencemaran atau membuka rahsia, serta turut terlibat dalam kes pengubahan wang haram mengikut dakwaan pendakwa raya.

Nikita disabitkan atas kesalahan pemerasan dan pengubahan wang haram.
"Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun kepada tertuduh (Nikita)," kata Ketua Hakim, Sri Andini pada Selasa.
Dalam pada itu, mahkamah turut mengekalkan hukuman denda yang dikenakan sebelum ini, dengan hukuman penjara tambahan sebagai ganti sekiranya denda gagal dibayar.
Nikita dan pihak pendakwa diberi masa 14 hari untuk memfailkan rayuan peringkat tertinggi sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani tenang terima hukuman penjara empat tahun, sempat berlari mahu salam hakim mahkamah
ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani mohon rawatan di luar penjara, implan gigi pecah hingga jejaskan saraf
“Denda sejumlah Rp1 bilion dikenakan sekiranya jumlah tersebut tidak dibayar, diganti dengan hukuman kurungan selama tiga bulan,” tambahnya.
Sebelum ini, pihak berkuasa di Indonesia menamakan Nikita sebagai suspek utama dalam kes membabitkan usahawan kosmetik dikenali sebagai Dr Reza Gladys.
Reza membuat laporan polis terhadap Nikita pada 3 Disember tahun lalu selepas mendakwa pelakon itu memfitnah dan melakukan peras ugut terhadapnya di media sosial.
Pada Oktober lalu, Nikita dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun atas kesalahan pemerasan terhadap Reza.
Mahkamah Negeri Jakarta Selatan memerintahkan pelakon itu membayar denda sebanyak kira-kira RM254,000.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


