suria

Niat nak bersiar-siar di Jepun, pelakon ditahan polis kerana seludup dadah! 

Pelakon ditahan kerana seludup dadah.

PELAKON antarabangsa, Jeremy O. Harris berdepan detik malang apabila ditahan pihak berkuasa Jepun atas dakwaan menyeludup dadah.

Harris, 34, ditahan di Lapangan Terbang Naha, Okinawa selepas pegawai kastam menemui sebanyak 0.78 gram dadah jenis ekstasi di dalam sebuah bekas yang disimpan dalam beg dibawanya. 

Meskipun pelakon Emily in Paris itu ditahan pada 16 November lalu, namun pihak berkuasa Jepun baru mendedahkan perkara tersebut pada Sabtu. 

Jeremy ditahan pada 16 November lalu. 

Menurut jurucakap pihak berkuasa Okinawa, Jeremy ditahan serta-merta selepas dadah tersebut ditemui dan siasatan awal mendapati bahan terlarang itu dipercayai untuk kegunaan peribadi.

“Harris ditahan di lokasi kejadian dan kes masih dalam siasatan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jesicca Alba ada kekasih baharu lepas lima bulan cerai, mesra berpelukan di taman

ARTIKEL BERKAITAN:  Perkahwinan 16 tahun berakhir, Jessica Alba dan suami berpisah

Sebelum kejadian, Jeremy dilapor berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow, London sebelum transit di Taiwan dan meneruskan perjalanan ke Jepun.

Jika disabitkan bersalah, Jeremy bakal berdepan hukuman penjara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Daddy Rock meninggal dunia