PELAKON Jesicca Alba dilaporkan sudah bertemu teman lelaki baharu selepas lima bulan disahkan bercerai.
Memetik laporan The Sun, Jessica dilihat menghabiskan masa bersama seorang lelaki misteri di Regents Park di London.
Pasangan itu dilihat mengenakan baju yang sedondon berona hitam sambil lelaki berkenaan memegang bahu Jessica.
Foto Jessica bersama teman lelaki baharunya.
Jessica juga cuba melindungi wajahnya agar tidak dikenali orang ramai.
Biapun begitu kedua-dua mereka seakan terbuka menunjukkan kemesraan di khalayak.
"Jessica dan lelaki itu menyewa beberapa kerusi di taman. Mereka saling berpelukan dan bercium.
ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 16 tahun berakhir, Jessica Alba dan suami berpisah
ARTIKEL BERKAITAN: Jessica Alba Hamil Anak Ketiga
"Hubungan mereka seperti masih baru," katanya.
Untuk rekod, Jessica dan penerbit Cash Warren berpisah pada Januari lalu selepas 16 tahun mendirikan rumah tangga.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 19 Mei 2008 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Honor, Haven, serta Hayes.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube