suria

Video mesra tular, netizen dakwa Ayu Ting Ting ‘kekasih gelap’ Raffi Ahmad

Ayu kunci mulut digosipkan dengan Raffi.

NAMA penyanyi Ayu Ting Ting menjadi bualan ramai susulan tular video mendakwa dia menjalinkan hubungan dengan pengacara Raffi Ahmad. 

Menerusi video lama yang kembali tular, kedua-dua mereka kelihatan mesra bersama. 

Menguatkan lagi spekulasi, ada yang melihat Ayu memakai jam tangan jenama mewah Hermes serta memandu kereta jenis Mini Cooper dipercayai pemberian Raffi.

Video lama Ayu dan Raffi kembali tular di media sosial.

Walaupun menerima pelbagai kecaman dan tuduhan, Ayu tetap memilih untuk berdiam diri.

Malah penyanyi itu tenang berkongsi video sedang melakukan senaman yoga di rumah  tanda memberi gambaran dia dalam keadaan baik.

Di sebalik kisah itu, ada pula yang membuat tanggapan ia sekadar kisah untuk menutup isu politik yang dikaitkan dengan Raffi. 

Justeru peminat Ayu menyokong tindakannya untuk berdiam tanpa memberi sebarang komen yang boleh mengeruhkan keadaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 20 tahun bergelar penyanyi, ibu urus kewangan Ayu Ting Ting

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting jawab tuduhan adik bekas tunang, berpisah bukan sebab masalah kewangan

Untuk rekod, Ayu pernah berkahwin dengan Henry Baskoro Hendarso pada 2013, namun mereka bercerai setahun kemudian.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Manakala Raffi, 38, berkahwin dengan Nagita Slavina pada 2014 dan mereka memiliki tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain