PELAKON Jessica Alba berkongsi pengalaman memalukan sepanjang karier lakonannya apabila terpaksa menanggalkan pakaian dalam filem aksi, Fantastic Four.
Jessica atau Jessica Marie Alba, 44, berkata, sehingga kini dia menyesal dengan keputusan yang dibuat.

Jessica Alba malu pernah bogel dalam filem.
“Ketika melakonkan watak Sue Storm di jambatan, saya perlu telanjang. Saya benci buat adegan itu. Ia sangat memalukan sebab saya dibesarkan dalam keluarga yang cukup beradab dan saya seorang yang pemalu,” katanya.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu di Red Sea International Film Festival di Jeddah.
ARTIKEL BERKAITAN: Jesicca Alba ada kekasih baharu lepas lima bulan cerai, mesra berpelukan di taman
ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 16 tahun berakhir, Jessica Alba dan suami berpisah
Namun begitu, Jessica mengaku tidak akan mengulangi kesilapan sama sekiranya ditawarkan semula adegan berkenaan.
Meskipun kesal dengan babak itu, Jessica berkata dia gembira dapat menjayakan watak Sue Storm dalam filem berkenaan.
“Ia antara karakter yang saya kagumi kerana sangat keibuan dan baik dan bukan jenis yang boleh dipijak-pijak,"luahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


