SIAPA sangka, di sebalik kemasyhuran dan kemewahan dunia idola K-Pop, anggota kumpulan popular Boynextdoor, Jaehyun, pernah melalui pengalaman menjadi seorang pekerja buruh kasar.
Menerusi sebuah siaran langsung di media sosial baru-baru ini, Jaehyun mendedahkan sebelum bergelar penyanyi dia pernah menjadi pekerja sambilan di sebuah tapak pembinaan ketika usianya mencecah 20 tahun.
Mengimbau kembali kenangan tersebut, Jaehyun berkongsi pengalaman menyentuh hati apabila dia menerima layanan istimewa daripada rakan sekerja yang kebanyakannya jauh lebih berusia.
Jaehyun lakukan pendedahan sempena ulang tahunnya ke-22.
Jaehyun mendedahkan rakan-rakan seniornya sangat penyayang dan sentiasa memastikan keselamatan serta melindunginya semasa melakukan tugas berat.
"Apabila saya tidak dapat mengangkat barang yang berat, rakan-rakan senior saya akan segera datang untuk membantu dan melakukan kerja itu bagi pihak saya," kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Sakit dada dan sukar bernafas, bintang realiti kongsi detik cemas terkena serangan jantung… Padah hisap vape berlebihan
ARTIKEL BERKAITAN: Anak malu Nia Ramadhani pakai baju singkat, selamba tegur minta tutup bahagian tubuh terdedah
Tambahnya, bukan sahaja bersikap melindungi, rakan-rakan sekerja lamanya itu juga sangat pemurah dan sering membelanjanya minuman sebaik sahaja selesai bekerja.
Meskipun tugas itu berat, Jaehyun menyifatkan pengalaman itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan berharga dalam hidupnya.
Pendedahan daripada Jaehyun ini mengejutkan ramai peminat, sekali gus membuatkan mereka kagum dengan sikapnya yang rajin berusaha dan tidak memilih kerja demi mencari rezeki.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


